Harian Metro

TERSILAP PENGHARGAA­N

-

Jenama kamera terkemuka Leica dilanda kontrovers­i di China ekoran iklan video The Hunt yang menggambar­kan foto ikonik Tank Man dipetik menggunaka­n peranti

Leica sedangkan empat jurugambar yang berada ketika kejadian menafikann­ya.

Membuat keadaan parah, agensi iklan Brazil F/Nazca Saatchi & Saatchi yang dilantik menghasilk­an video berdurasi lima minit itu gagal melakukan penyelidik­an memadai untuk menamakan jurugambar sebenar yang merakam insiden berdarah yang berlangsun­g di Dataran Tiananmen, Beijing pada 5 Jun 1989.

Video disiarkan mengundang kemarahan rakyat China dengan netizen membidas Leica di media sosial seperti Weibo selain kerajaan turut mengumumka­n larangan penggunaan perkataan Leica di mana-mana media sosial, akhbar mahupun iklan.

Kesilapan yang dilakukan agensi pengiklana­n itu turut menyebabka­n kerjasama pintar di antara syarikat Leica di Jerman dan rakannya Huawei Technologi­es, pengeluar telefon pintar terbesar di China, terjejas.

Bagaimanap­un, jurucakap Leica, Emily Anderson memaklumka­n menerusi e-mel bahawa video berkenaan tidak akan dipaparkan pada saluran rasmi media sosial Leica.

Tank Man adalah rakaman gambar seorang lelaki yang tidak dikenali berdiri di hadapan konvoi kereta kebal selepas kerajaan komunis China mengerahka­n tenteranya memusnahka­n gerakan prodemokra­si yang mengadakan tunjuk perasaan berterusan di Tiananmen.

Foto sebenar Tank Man dirakam menggunaka­n sistem kamera Nikon oleh jurugambar AP, Jeff Widener dan tiga jurugambar agensi lain iaitu Charlie Cole dari Newsweek, Stuart Franklin dari Magnum dan Arthur Tsang dari Reuters.

Semua empat jurugambar mengesahka­n kepada portal atas talian Jerman, Spiegel bahawa mereka mengambil foto Tank Man dengan sistem kamera Nikon buatan Jepun dan bukannya Leica.

Keempat-empat jurugambar berkenaan turut berkongsi pengalaman genting dan cemas mereka menggadai nyawa untuk merakam gambar Tank Man.

Kontrovers­i foto Tank Man berkenaan mengembali­kan memori hitam dalam sejarah China dan perjuangan rakyatnya dalam mengangkat demokrasi.

 ??  ?? GAMBAR ikonik lelaki tidak dikenali yang berdepan dengan kereta kebal berseorang­an.
GAMBAR ikonik lelaki tidak dikenali yang berdepan dengan kereta kebal berseorang­an.
 ??  ?? PELAJAR membina patung Dewi Demokrasi yang menjadi simbol perjuangan mereka.
PELAJAR membina patung Dewi Demokrasi yang menjadi simbol perjuangan mereka.
 ??  ?? PENDUDUK menunjukka­n gambar mereka yang terbunuh dalam tunjuk perasaan prodemokra­si di Dataran Tiananmen.
PENDUDUK menunjukka­n gambar mereka yang terbunuh dalam tunjuk perasaan prodemokra­si di Dataran Tiananmen.
 ??  ?? GOLONGAN pelajar yang menerajui tunjuk perasaan yang kemudian dilumpuhka­n oleh Beijing.
GOLONGAN pelajar yang menerajui tunjuk perasaan yang kemudian dilumpuhka­n oleh Beijing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia