Harian Metro

ALIH PKS KE ROBOTIK

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Teliti cadangan bantu usahawan guna teknologi automasi

Kerajaan meneliti pendekatan baru bagi membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) beralih kepada teknologi automasi robotik.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, cadangan mewujudkan pendekatan baru itu diteliti Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI).

“Kita kena lihat secara holistik sekiranya mahu PKS beralih kepada automasi dan robotik ini adalah satu pelaburan yang besar dan mungkin mereka tidak ada kemampuan

kecuali kerajaan melihat insentif tertentu untuk membantu mereka.

“Ini diteliti MITI dan kami wujudkan pendekatan baru untuk membantu industri kita beralih kepada bidang itu bagi memenuhi keperluan semasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Kerjaya GRADUAN Aspire 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan GRADUAN Elia Talib.

Beliau berkata, kerajaan komited melatih tenaga kerja dengan kemahiran dan bakat baru dalam bidang teknologi baru bagi memenuhi permintaan industri sekali gus mengurangk­an pergantung­an terhadap tenaga kerja asing.

“Kerajaan ingin melihat tumpuan diberikan kepada sektor teknikal dan vokasional kerana untuk Malaysia maju sebagai negara industri kita perlu siapkan tenaga kerja dengan kemahiran dan bakat baru dalam bidang teknologi baru.

“Kami letakkan sasaran melatih tenaga baru dalam bidang teknologi baru termasuk buat reskilling dan upskilling tenaga kerja sedia ada supaya tidak terlalu banyak bergantung kepada tenaga asing,” katanya.

Sementara itu, mengulas Malakoff Corporatio­n Berhad yang mengambila­lih 40 peratus kepentinga­n Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dalam Malaysian Shoaiba Consortium Sdn Bhd (MSCSB), Azmin berkata, syarikat itu memberi penjelasan.

“Saya kira Khazanah memberikan penjelasan sebab Khazanah perlu lihat kepada teras penubuhan Khazanah.

“Jadi, sebahagian pelaburan sebelum ini mendapat keuntungan besar dan kami perlu beri tumpuan kepada pelaburan domestik yang saya kira Khazanah ada tugas meningkatk­an pelaburan domestik bagi membantu pertumbuha­n ekonomi negara,” katanya.

pekerja

 ??  ?? AZMIN melawat gerai selepas merasmikan Pameran Kerjaya GRADUAN Aspire 2019 di Pusat Konvensyen KLCC, semalam.
AZMIN melawat gerai selepas merasmikan Pameran Kerjaya GRADUAN Aspire 2019 di Pusat Konvensyen KLCC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia