Harian Metro

Konsert bakal penuh lagu popular Dayang

-

Dayang berkata, selepas meraih kejayaan di Anugerah Juara Lagu ke-33 bersama Heal Husaini menerusi Haram, dia sudah merancang untuk menghasilk­an lagu rancak.

Bekerja dengan Faizal juga sudah lama dirancang tetapi hanya baru-baru ini ada kesempatan, apatah lagi komposer prolifik itu turut menyimpan hajat mahu bekerja dengan Dayang.

“Sebenarnya saya memang sudah lama mahu bekerja dengan Faizal tetapi kerana sibuk, ia tidak dapat direalisas­ikan.

“Hinggalah tiba waktu saya mahu menghasilk­an single terbaharu, saya tanya pada Faizal, adakah dia mempunyai lagu yang sesuai untuk saya tetapi saya tegaskan padanya saya mahukan lagu rancak dan bukan balada.

“Pada mulanya dia tidak ada lagu yang saya hajati. Bagaimanap­un, tiga hari selepas itu dia sudah mencipta satu lagu khusus untuk saya. Apabila mendengarn­ya, ia memang dekat dengan jiwa saya dan menepati apa yang saya mahukan.

“Namun, saya pastikan lagu Sebentar dihasilkan bukan kerana syok sendiri, sebaliknya ia menepati selera peminat juga. Alhamdulil­lah! Sebaik saja ia dilancarka­n awal bulan ini, banyak komen positif yang saya terima.

“Memang ada dalam kalangan peminat yang tidak suka dengan Sebentar kerana mereka tetap mahukan lagu balada daripada saya. Bagaimanap­un, sebahagian besar memang menggemari­nya dan bersetuju dengan apa yang saya lakukan,” katanya.

Ditanya kenapa Faizal menjadi pilihannya, Dayang berkata, sejak dahulu lagi dia memang meminati karya Faizal.

“Tambahan pula, kami memang saling mengenali kerana sama-sama pernah menyertai pertanding­an

One In A Million. Satu perkara yang saya gemar mengenai karya Faizal ialah ia mempunyai identiti sendiri. Sekali dengar saja lagu terhasil, kita sudah tahu ia dihasilkan olehnya,” kat nya.

Menurut Dayang, walaupun single terbaha unya itu berentak rancak, tida bermakna ia mudah untu dinyanyika­n.

“Selain memerlukan penghayata­n, penyanyi j perlu tahu mengalunka­n irama mengikut nada. Pergerakan vokal cepat d lambat juga penting untu diberi perhatian.

“Bayangkan sejak awal Sebentar mahu dihasilkan terpaksa dilakukan seca berperingk­at. Sesi mende melodi saja mengambil m panjang dan begitu juga sewaktu merakamkan­ny saya melakukann­ya bebe kali bagi memastikan ia didendangk­an dengan sempurna,” katanya. Pada 21 Julai ini, Dayang Nurfaizah akan meraikan ulang tahun ke-20 pembabitan­nya dalam industri hiburan dengan mengadakan Konsert Dayang Dua Dekad di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Konsert itu juga mengukir sejarah peribadi buat penyanyi yang digelar ‘Queen D’ ini apabila tiket habis dijual dalam tempoh tidak sampai 24 jam sebaik dibuka.

Dayang berkata, setakat ini latihan dan susunan semula muzik beberapa lagu yang sudah dipilih berjalan seperti dirancang dan dia berpuas hati.

“Saya akan mendendang­kan hampir keseluruha­n lagu popular saya dari album pertama hingga sekarang. Apa yang boleh saya kongsikan pada malam itu nanti ada lagu lama saya cuba berikan sentuhan baharu,” katanya.

Dayang sedar, bagi peminat yang mengikuti perkembang­an kerjayanya sejak awal pembabitan dalam industri muzik, sebaik mungkin mahu dia mengekalka­n melodi asal dan tidak melakukan perubahan pada susunan muzik lagu popularnya seperti Hakikat Cinta dan Selagi Masih Ada Cinta.

“Bagaimanap­un, saya harus bersikap adil kerana sekarang saya ada golongan peminat baharu yang meminati saya selepas muncul single Di Pintu Syurga. Maka, saya lakukan sedikit perubahan susunan muzik pada lagu popular saya sebelum ini agar ia kedengaran segar dan menarik.

“Namun, saya tidaklah mengubah melodi lagu itu sehingga hilang keaslianny­a. Saya sama sekali tidak akan melakukan perkara seperti itu dan saya percaya peminat yang sentiasa mengikuti perkembang­an saya dan menonton konsert saya sebelum ini turut menantikan bagaimana susunan muzik akan saya lakukan kepada lagu asal terbabit. Kiranya ia seperti kejutan buat mereka,” katanya.

Dalam pada itu, peminat yang sudah membeli tiket juga bertuah kerana Dayang akan menyanyika­n lagu Sebentar buat kali pertama secara langsung.

“Sebenarnya lagu Sebentar saya rancang untuk dilancarka­n pada akhir tahun ini, tetapi tidak sangka pula Faizal dapat menyudahka­n kerja-kerja rakaman dalam waktu yang sangat cepat. Dan akhirnya ia dapat disiapkan sebelum konsert berlangsun­g.

“Saya gembira dengan perkembang­an ini kerana saya ada lagu rancak lain selain Dayang Sayang Kamu untuk saya persembahk­an kepada peminat pada malam konsert itu nanti,” katanya.

 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia