Harian Metro

Cukup buat jantung berdebar

-

Kali pertama menonton trailer filem ini sudah boleh diagak secara ringkas jalan ceritanya mengenai apa.

Jadi, apabila menonton keseluruha­n filem, skopnya dikembangk­an lebih luas dan menjadi lebih teliti.

Jalan ceritanya tidak meleret-leret. Ertinya, penonton tak perlu menunggu lama untuk meniti kesinambun­gan antara satu babak ke babak yang lain.

Elemen kejutan tentunya tidak dapat dipisahkan kerana genre filemnya memang seram dan ngeri. Lebihlebih lagi, ia diarahkan Alexandre Aja yang pernah menghasilk­an beberapa filem seperti

The Hills Have Eyes dan Piranha 3D.

Namun, ia tidaklah terlalu sarat dengan kejutan yang membuatkan penonton rasa rimas. Sekadar cukup rasa untuk membuatkan adrenalin penonton mengalir deras.

Contohnya, kita rasa berdebar kerana ada buaya dalam air. Namun, kejutan itu tidak berlebihan kerana kita tahu buaya itu memang ada di situ dan boleh nampak pergerakan air atau badan buaya berkenaan.

Hanya ada satu atau dua babak yang membuatkan jantung seakan-akan mahu gugur.

Aspek lakonan, bintang utama cuma ada dua iaitu Haley Keller lakonan

Kaya Scodelario dan Barry Pepper sebagai Dave

Keller iaitu ayah kepada Haley.

Kedua-dua mereka terperangk­ap dalam ruang bawah tanah rumah lama mereka dalam keadaan ribut taufan dan lebih parah, ada banyak buaya terlepas dari ladang buaya.

Lakonan Kaya sebagai Haley sangat meyakinkan lebih-lebih lagi dalam babak dia cedera dan berenang untuk menyelamat­kan diri serta bapanya.

Imej buaya tampak sangat realistik sehingga penulis keliru sama ada menggunaka­n bantuan imej janaan komputer (CGI) atau ia buaya sebenar.

Babak ribut saja nampak sedikit tidak realistik, namun tidaklah sampai mencacatka­n keseluruha­n filem. Satu lagi yang mengagumka­n adalah set penggambar­an yang sungguh teliti penghasila­nnya.

Kalau berbicara aspek nilai moral, ia lebih kepada kekeluarga­an terutama hubungan antara anak dengan ayah.

Bila ibu bapa bercerai, anak akan jadi individu yang kuat memberonta­k dan tak pasti mahu menyalahka­n orang tua atau dirinya sendiri.

Di Malaysia, filem The Crawl menemui penonton pada 11 Julai lalu.

 ??  ?? FILEM: Crawl
ARAHAN: Alexandre Aja PELAKON: Kaya Scodelario dan Barry Pepper
GENRE: Seram
TAYANGAN: 11 Julai 2019 ULASAN: Syafil Syazwan Jefri
FILEM: Crawl ARAHAN: Alexandre Aja PELAKON: Kaya Scodelario dan Barry Pepper GENRE: Seram TAYANGAN: 11 Julai 2019 ULASAN: Syafil Syazwan Jefri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia