Harian Metro

Didik anak cintai al-Quran

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Mendidik anak mengenal Tuhan dan mencintai alQuran tidak mudah apatah lagi ketika usia mentah.

Pasti banyak perkara yang dipersoalk­an kembali.

Pelakon yang kini aktif mengacara, Irma Hasmie mengakui, pada era teknologi ini sangat mencabar mendidik anak-anak agar patuh dengan disiplin menunaikan ibadah.

Apatah lagi kini anak kecil mudah terbuai dengan gajet sehingga membuatkan mereka lalai untuk belajar.

Lebih menakutkan, ketagihan terhadap gajet juga membahayak­an diri kanakkanak terbabit.

Berkongsi mengenai perkara ini, Irma berkata, walaupun kadangkala menonton saluran YouTube mendatangk­an kebaikan, ia perlu dikawal agar anakanak tidak ketagih.

Kata Irma yang kini mengendali­kan program Assalamual­aikum siaran TV Al Hijrah, dia berhadapan dengan masalah sama apabila dua anaknya Redza Syah Irfhan, 6, dan Irma Nur Naylie, 5, sewaktu kecil juga sangat suka gajet.

“Begitupun, apabila anakanak sudah cecah dua tahun, saya cuba kawal penggunaan gejet anak-anak yang suka menonton video di beberapa saluran yang ada.

“Bagaimanap­un, apabila anak sudah sekolah tadika, lebih senang untuk saya kawal.

“Saya jelaskan akibat dan tunjuk kesan buruk yang dialami anak-anak kecil yang terlalu taasub dengan gajet, mereka jadi takut,” katanya.

Jelasnya, begitu juga dengan tanggungja­wab anakanak mengenai sembahyang dan mengaji.

Katanya, tidak perlu disuruh mereka tahu apa yang harus mereka lakukan apabila tiba waktu.

Irma Hasmie akui cabaran asuh anak tunai ibadat

“Saya sendiri sebelum ini rajin juga menghadiri kelas mengenai keibubapaa­n.

“Daripada situ banyak ilmu yang saya timba dan gunakan dalam mendidik Irfhan serta Naylie,” katanya.

Kata Irma mengenai usaha mendidik anak mengenai tanggungja­wab sebagai seorang Muslim, dia berterima masih kepada guru di sekolah anaknya.

“Saya ada juga ajar tetapi selebihnya mereka tahu daripada pembelajar­an di sekolah.

“Alhamdulil­lah, ketika usia sangat mentah mereka sudah tahu apa hukum jika tidak sembahyang dan mengaji.

“Saya berterima kasih kepada guru-guru di sekolah di mana anak saya belajar,” katanya.

Kongsi Irma, sebagai ibu dia dan suami menitikber­atkan pendidikan untuk anak-anak.

Disebabkan itu, ujarnya, sebelum menghantar Irfhan dan Naylie ke prasekolah, mereka meneliti setiap sekolah aliran Islam yang ada dan bertemu dengan tenaga pengajar.

Selain sekolah, kata

Irma, dia juga menghantar anaknya ke kelas mengaji dan bagusnya di situ tenaga pengajar turut mengajar mengenai hadis dan sirah nabi bagi menanam sifat cintakan Rasulullah SAW.

“Mereka sudah faham erti takut sekiranya tidak melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan sebagai umat Islam.

“Saya bersyukur dengan perkembang­an ini,” katanya.

Irma berkata, pentingnya pendidikan al-Quran diterapkan kepada anak-anak kerana dapat mengajar dan mengasah minda.

“Kalau kita lihat anakanak sekolah tahfiz apabila menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), keputusan yang diperoleh sangat cemerlang.

“Bayangkan ada antara mereka hanya belajar selama setahun untuk menduduki peperiksaa­n,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia