Harian Metro

Hati terpaut Pulau Duyong

Dunia pelayaran, pembuatan bot bawa wanita Perancis ke Kuala Terengganu seterusnya menetap di sini

- Helmy Abd Rahman helmy_rahman@hmetro.com.my

Jika tidak kerana kemuncak Perang Vietnam sekitar 50 tahun lalu, mungkin rakaman perjalanan hidup Christine Rohani Longuet, 76, berbeza daripada sekarang.

Namun, takdir menentukan diri warga emas berasal dari Paris itu mengabadik­an lebih separuh usianya sebagai warga Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Ikatan hubungan warga emas itu dengan kampung berkenaan ditaut erat apabila dia jatuh cinta dan ditakdirka­n berkahwin dengan anak seorang imam.

1. Kali pertama ke Malaysia dan tujuannya?

Saya meninggalk­an kampung halaman di Paris untuk mendalami sendiri cara pembuatan kapal layar daripada tukang bot mahir di Pulau Duyong pada 1971.

Saya sememangny­a amat meminati dunia pelayaran dan pembuatan bot dan takdir membawa saya ke Pulau Duyong selepas terbaca dalam sebuah buku berbahasa Perancis mengenai tukang bot mahir yang ada di kampung ini.

Tukang bot yang ada di kampung ini boleh disifatkan unik dan istimewa serta mahir menggunaka­n kayu yang kukuh iaitu kayu cengal dalam pembuatan bot

2. Apa yang membuatkan hati anda terpaut untuk menetap di Malaysia?

Mulanya saya bercadang untuk berlayar sekeliling dunia bersama anak dan selepas

menempah sebuah kapal layar di Pulau Duyong, saya berlayar sehingga ke Vietnam, namun perjalanan tidak dapat diteruskan berikutan perang yang berlaku di negara itu.

Saya terpaksa berpatah balik ke Pulau Duyong dan nak dijadikan cerita, saya bertemu suami, Wan Othman Wan Abdullah,

66, yang juga anak kepada imam di Pulau Duyong.

Saya juga amat tertarik dengan seni bina rumah tempatan di sini yang begitu tinggi nilai estetikany­a dan falsafah yang menjadi amalan orang Melayu.

Sifat ramah, ambil berat dan cakna yang ada pada masyarakat Melayu selain kesanggupa­n mereka menerima diri saya seadanya juga memudahkan saya untuk membuat keputusan tinggal terus di negara ini.

3. Pengalaman menarik sepanjang berada di Malaysia?

Terlalu banyak tapi antara yang paling tidak dilupakan ialah pengalaman menyambut bayi yang baru lahir setiap kali ada yang bersalin bersama-sama penduduk kampung. Bagaimanap­un, saya agak sedih apabila budaya itu kini semakin hilang

ditelan arus kemodenan.

Selain itu, saya tak dapat lupakan kisah bagaimana saya mendorong suami untuk membina rumah tumpangan pertama di Terengganu iaitu ‘Awi’s Yellow House’ yang dibina di pinggir kawasan paya bakau Sungai Terengganu kerana rindukan suasana masyarakat Eropah dan saya tahu mereka suka dengan pengalaman menginap di rumah tamu yang dikeliling­i alam semula jadi yang menghijau.

Saya sendiri melukis rekaan rumah dan suami serta adiknya kemudian membinanya di atas tanah milik orang tuanya berhampira­n kediaman kami.

4. Aktiviti atau pekerjaan yang pernah dilakukan sepanjang berada di negara ini?

Saya pernah terbabit dengan pembinaan tujuh buah kapal bersama suami dan turut sama disertai tukang bot mahir di Pulau Duyong antaranya Jun Bahtera yang disiapkan pada 1980.

Saya juga menulis tiga buku iaitu Puisi Duyong Pulau Rakyat, koleksi puisi tempatan dan Amanah: Journey An Architect iaitu buku mengenai hasil arkitek tempatan,

Nik Mohamed Mahmood. Sekarang saya dalam proses menterjema­hkan buku ditulis sasterawan negara, Arena Wati berjudul Sukma Angin yang juga berkait rapat dengan dunia perkapalan dan pelayaran.

Pernah juga menjadi wartawan sambilan dan sekarang ini saya mengikuti pengajian doktor falsafah (PhD) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam etnobotani.

5. Ayat dalam dialek tempatan yang kerap digunakan?

‘Nok beri jadi’ yang membawa maksud melakukan sesuatu sehingga berjaya.

6. Malaysia pada kaca mata anda?

Perkembang­an dan arus kemodenan berlaku dengan amat cepat di negara ini. Dalam masa 30 tahun, di Pulau Duyong dan Kuala Terengganu sahaja bermacam-macam perubahan terjadi.

Apa yang saya bimbangkan, dalam mengejar kemajuan, segala khazanah alam ‘diperkosa’. Sebagai contoh di Sungai Terengganu ini sendiri dibina pulau buatan manusia yang menjejaska­n kawasan paya bakau yang sudah lama di sini.

Tidak salah untuk menjadi maju, tapi biarlah tidak keterlalua­n dan pada masa sama menjaga alam yang ada.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia