Harian Metro

PROMOSI PENGAJIAN TEKNIKAL

-

Politeknik Seberang Perai, Politeknik Balik Pulau, Politeknik Metro Tasek Gelugor, Kolej Komuniti Seberang Jaya, Kolej Komuniti Kepala Batas, Kolej Komuniti Tasek Gelugor, Kolej Komuniti Bukit Mertajam, Kolej Komuniti Nibong Tebal dan Kolej Komuniti Bayan Baru.

Acara kayuhan julung kali diadakan itu dan diketuai Kolej Komuniti Seberang Jaya mendapat sambutan menggalakk­an daripada 221 penyertaan. Peserta paling veteran berumur 69 tahun, manakala paling muda 14 tahun dengan konsep program berbentuk santai.

Kayuhan Komuniti Cergas memerlukan peserta berbasikal sejauh 35 kilometer (km) dari

Kolej Komuniti Seberang Jaya melalui Jalan Permatang Nibong, Kubang Semang, Bukit Indera Muda, Permatang Pauh, Permatang Tok Kandu dan berakhir di tempat pelepasan.

Pelbagai aktiviti lain diadakan seperti pameran pendidikan daripada politeknik dan kolej komuniti, kempen kesihatan, pameran daripada agensi kerajaan dan pihak penaja serta hadiah cabutan bertuah yang berbentuk hamper serta basikal.

Pengarah Kolej Komuniti Seberang Jaya, Radzuan Othman berkata, selain politeknik dan kolej komuniti mempromosi­kan program pengajian ditawarkan, acara itu juga mengeratka­n ukhuwah antara institusi pendidikan dan masyarakat.

“TVET menekankan pendekatan kemahiran selari dengan keperluan industri adalah kunci ke arah membangunk­an Malaysia menjadi negara maju berpendapa­tan tinggi menjelang 2050.

“Dalam usaha kerajaan menambah bilangan tenaga kerja mahir, kuantiti dan kualiti lulusan TVET akan dipertingk­atkan. Ini meningkatk­an kemahiran rakyat sekali gus membina kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Pelepasan disempurna­kan Pegawai Daerah Seberang Prai Tengah, Kamarul Haizal Koderat manakala majlis penutup disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya merangkap Exco Pertanian dan Industri

Asas Tani, Pembanguna­n Luar Bandar dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Dr

Afif Baharudin.

 ??  ?? ACARA gabung sembilan institusi rapatkan ukhuwah. KAYUHAN babit peserta warga emas dan belia.
ACARA gabung sembilan institusi rapatkan ukhuwah. KAYUHAN babit peserta warga emas dan belia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia