Harian Metro

BAHAGIA MAIZUL PADA SENI

-

menjadi penentu takdir yang amat penting dalam hidupnya.

“Jika tidak kerana seni, mungkin saya tidak bertemu dengan suri hati saya. Kami kenal ketika sama-sama belajar di sebuah kolej di Pulau Pinang ketika 1990-an dahulu.

“Dia (Haryani) kemudian melanjutka­n pengajian dalam bidang seni halus di Universiti Teknologi MARA (UiTM) manakala saya di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

“Selepas sama-sama tamat pengajian, kami disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 2005,” kata anak sulung daripada empat beradik itu.

Ditanya mengenai kembara seninya sejak lebih 20 tahun lalu, Maizul Affendy berkata, banyak nikmat dan kenangan manis dikecapiny­a.

“Banyak juga anugerah saya menangi antaranya Anugerah Utama

Arca Terbaik dalam Pertanding­an Artis Muda Pulau Pinang pada 2001, terpilih sebagai artis muda berbakat dan ikon universiti dalam program Spectrum U siaran RTM 1, memenangi anugerah utama Pertanding­an

Artis Muda Pulau Pinang pada 2013 serta terpilih sebagai finalis Bakat Muda Sezaman di Balai Senilukis Negara pada 2006.

“Selain itu, dahulu saya aktif dalam pementasan teater dan pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik pada Pertanding­an

Festival Teater

Kebangsaan di Kuala Lumpur pada 2003.

“Saya juga pernah menghasilk­an lebih 100 lukisan dan karya paling mahal pernah dijual bernilai RM12,000,” katanya.

Begitupun, katanya, kepuasan sebenar dalam berkarya muncul akhir tahun lalu apabila dia bersama bapa, Baharudin dan adik, Firdauz

Ridzuan, 31, menjayakan pameran bersama di

Galeri Seni Mutiara di Lebuh Armenia, Pulau Pinang.

Dalam pameran yang diberi nama ‘The Rendezvous-Trio Art Exhibition’ itu, setiap mereka menyumbang 12 karya catan menggunaka­n medium campuran dan arkrilik.

“Cabaran utama ialah mencari momen yang tepat dan menyediaka­n hasil karya masingmasi­ng.

“Kami bertiga mempunyai ‘ritual’ dan perspektif berbeza dalam seni tetapi pengalaman berkongsi ruang pameran dengan keluarga terdekat sesuatu yang unik dan belum pernah saya rasakan sebelum ini,” katanya yang antaranya menampilka­n karya bertajuk Dogma Siri 2, 3 dan 4.

 ??  ?? MAIZUL Affendy memberi penerangan mengenai karyanya pada satu program seni.
MAIZUL Affendy memberi penerangan mengenai karyanya pada satu program seni.
 ??  ?? KARYA grafiti bertajuk Dogma (Siri 8)
KARYA grafiti bertajuk Dogma (Siri 8)
 ??  ?? MAIZUL (dua dari kanan), Firdauz (kanan), Haryani (tiga kanan) dan Baharudin (kiri) bersama Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa dan rakan penggiat seni yang sama-sama memeriahka­n majlis perasmian ‘The Rendezvous-Trio Art Exhibition’.
MAIZUL (dua dari kanan), Firdauz (kanan), Haryani (tiga kanan) dan Baharudin (kiri) bersama Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa dan rakan penggiat seni yang sama-sama memeriahka­n majlis perasmian ‘The Rendezvous-Trio Art Exhibition’.
 ??  ?? KARYA dalam pembikinan
KARYA dalam pembikinan
 ??  ?? KARYA grafik.
KARYA grafik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia