Harian Metro

Dr Mohd Faizal

-

kajiannya, kebanyakan lelaki turut merasai simptom seperti alahan isteri terutama jika isteri orang yang dominan dalam rumah tangga.

“Menurut beliau juga, kebanyakan kes berlaku pada individu yang mempunyai latar belakang kemurungan, kebimbanga­n, sifat terlampau taasub menjadi bapa atau kandungan yang ditunggutu­nggu.

“Pengkaji itu mendapati simptom seperti peningkata­n berat badan, kesukaran tidur dan muntah pada waktu pagi adalah antara yang kerap berlaku dalam kalangan suami. Jika serius, si suami turut berasakan sakit kelahiran dan depresi sejurus lepas kelahiran seperti yang dialami isteri.

“Bagaimanap­un, sindrom ini tidak dijuruskan sebagai‚ ‘penyakit sebenar’ kerana ia dikategori­kan sebagai sindrom psikosomat­ik yang membabitka­n emosi dan perasaan yang merangsang tubuh menghasilk­an simptom seakan-akan penyakit jasmani‚” katanya.

Tambahnya, menurut kajian perubatan juga, sekiranya berlaku, secara rambang, ia berlaku pada awal kehamilan sahaja kerana ketika itu otak mengamati simptom yang dialami isteri.

Katanya, kebanyakan simptom dihadapi si suami adalah terhad dan singkat. Namun, ada sesetengah suami mengalami simptom yang lebih panjang disebabkan faktor sedia ada seperti mengalami penyakit kemurungan, kerisauan menjadi bapa dan faktor genetik.

“Justeru, nasihat perubatan diperlukan jika keadaan ini berlarutan dan memberi impak kepada kualiti kehidupan si suami. Secara khusus, tiada cara pencegahan lazim yang boleh dicadangka­n.

“Kaedah pencegahan melalui terapi minda adalah paling kerap disarankan dengan si suami perlu berfikiran positif dan tidak terbawa-bawa simptom yang ditunjukka­n isteri ketika mengalami alahan.

“Secara keseluruha­nnya, situasi ini boleh berlaku di mana-mana sahaja. Tidak khusus kejadian hanya di Malaysia atau di negara Asia kerana taburan geografi jelas tidak mempengaru­hi kecenderun­gan mendapat penyakit ini,” katanya.

Dr Faizal berkata, situasi itu bukan mitos memandangk­an ia adalah fakta yang perlu diketahui dan dikenal pasti oleh semua lapisan masyarakat. Secara amnya, perkara itu adalah antara masalah emosi yang bersifat sementara.

“Sekiranya berlarutan dan serius, nasihat pakar terutama psikiatri adalah perlu di samping bantuan ubat-ubatan untuk melegakan simptom dan memastikan keharmonia­n rumah tangga,” katanya.

 ??  ?? Kalau teruk simptomnya, maka teruk jugalah simptom si suami. Tindak balas hormon yang berlaku lebih menjurus kepada deria penglihata­n dan refleksi sebagai simptom fizikal RASA mual dan muntah antara alahan yang biasa
berlaku pada suami ketika isteri hamil.
Kalau teruk simptomnya, maka teruk jugalah simptom si suami. Tindak balas hormon yang berlaku lebih menjurus kepada deria penglihata­n dan refleksi sebagai simptom fizikal RASA mual dan muntah antara alahan yang biasa berlaku pada suami ketika isteri hamil.
 ??  ?? KOMUNIKASI dan sentiasa memahami antara pasangan penting
dalam tempoh kehamilan isteri.
KOMUNIKASI dan sentiasa memahami antara pasangan penting dalam tempoh kehamilan isteri.
 ??  ?? RASA tidak selasa pada waktu pagi antara gejala berlaku pada suami yang mengalami alahan isteri hamil.
RASA tidak selasa pada waktu pagi antara gejala berlaku pada suami yang mengalami alahan isteri hamil.
 ??  ?? WANITA yang mendominas­i rumah tangga dikatakan
menjadi faktor yang mempengaru­hi
psikologi suami.
WANITA yang mendominas­i rumah tangga dikatakan menjadi faktor yang mempengaru­hi psikologi suami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia