Harian Metro

Tumit merekah kurang air

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

Biasanya jenis lantai yang dipijak sering dipersalah­kan apabila seseorang itu mengalami masalah tumit merekah. Malah, ada juga yang menganggap masalah tumit merekah hanya berlaku kepada individu yang sudah berusia dan apabila dialami oleh golongan muda, mereka dilihat tua sebelum waktunya.

Namun, adakah rekahan pada tumit itu perkara biasa? Apakah ada penyakit yang menyebabka­nnya? Adakah ia boleh memberi kesan buruk atau sekadar menjejaska­n penampilan?

Menjelaska­n mengenai persoalan ini, Dr Khairul Idzham Abdul Khalid berkata, masalah kulit di tapak kaki terutama di tumit boleh berlaku kepada lelaki dan wanita tanpa mengira usia.

Tambahnya, bagi mereka yang tidak mempunyai penyakit kronik seperti diabetes atau ekzema, punca utama berlaku tumit merekah disebabkan kekurangan air dalam badan.

“Antara fungsi air dalam badan manusia adalah untuk melembapka­n permukaan kulit. Kulit kaki yang kering memudahkan terjadinya rekahan di tapak kaki terutama tumit.

“Lantai bukan punca utama terjadinya masalah tumit merekah namun bekerja terlalu lama di permukaan lantai yang panas tanpa sebarang alas kaki, stoking atau kasut boleh mendorong berlaku rekahan pada tumit,” katanya.

Dr Khairul berkata, ini kerana permukaan lantai yang panas boleh menyebabka­n kulit kaki menjadi kering dan mudah merekah. Rekahan pada tapak kaki bukanlah petanda atau ciri khas kepada mana-mana penyakit kronik. Cuma bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes masalah rekahan ini boleh menjadi lebih serius.

“Rekahan tapak kaki termasuk tumit pada pesakit diabetes harus dirawat dengan serius kerana boleh menyebabka­n komplikasi atau tanda awal kepada ulser kaki.

“Walaupun masalah ini secara dasarnya tidak membahayak­an, namun ia harus diberikan perhatian serius khususnya dalam beberapa kes apatah lagi pada pesakit diabetes yang tidak terkawal,” katanya.

Tambahnya, faktor umur juga menjadi antara sebab mudahnya terjadi masalah tapak kaki merekah. Peningkata­n umur menyebabka­n kulit kaki kehilangan keupayaan mengekalka­n kelembapan­nya.

“Bagaimanap­un masalah ini tetap boleh juga terjadi kepada golongan muda jika badan mereka juga mengalami dehidrasi atau mengenal pasti ubatubatan yang terbabit.

Hubungi talian kecemasan 999 atau

Pusat Racun Negara atau segera ke pusat rawatan kecemasan yang terdekat.

Jangan cuba merawat sendiri tanpa arahan atau nasihat doktor kerana sesetengah keracunan ubat memerlukan penawar khusus.

Jika mangsa berada dalam keadaan sedar, minta mangsa meludah keluar saki baki ubat dalam mulut.

Jangan memaksa mangsa muntah melainkan ia berlaku secara semula jadi bagi mengelakka­n komplikasi yang lain.

Sementara menunggu bantuan tiba, dapatkan sebanyak mungkin maklumat yang boleh. Teruskan meneliti status pernafasan, denyutan nadi dan tahap tindak balas mangsa.

Tip elak keracunan ubat

Pastikan ubat-ubatan disimpan jauh daripada kanak-kanak.

Elakkan memanggil kekurangan air. Kulit kaki yang normal mempunyai satu lapisan yang mengawal kelembapan kulit.

Lapisan ini penting untuk menjadikan kulit kaki lembut dan cantik,” katanya.

Sekiranya mengalami masalah tumit merekah, langkah pencegahan yang berkesan adalah memakai atau menyapu losen pelembap pada permukaan kulit yang kering. Mungkin kerana kedudukann­ya yang selalu terlindung, maka kulit kaki jarang diberi perhatian. Namun, hakikatnya ia juga perlu sentiasa dijaga kebersihan­nya dan diberikan rawatan kecantikan dengan menyapukan losen pelembap. ubat-ubatan dengan gelaran ‘gula-gula’ ketika berkomunik­asi dengan kanak-kanak.

Baca dan fahami label ubat setiap kali sebelum mengambiln­ya untuk memastikan ubat diambil oleh pesakit yang betul pada dos, cara dan masa yang betul.

Elakkan berkongsi ubatubatan anda dengan orang lain.

Ikut arahan pengambila­n ubat seperti yang ditetapkan, jangan gandakan dos tanpa arahan doktor atau ahli farmasi.

Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sekiranya kurang pasti berkaitan indikasi dan cara pengambila­n ubat-ubatan.

Ambil ubat di tempat yang terang atau pasangkan lampu ketika memberi atau mengambil ubat.

Bagi mengelakka­n kekeliruan ketika pengambila­n ubat, simpan dalam bekas asal atau sampul ubat asal kerana arahan pengambila­n ada pada label ubat.

Elakkan mengambil ubat daripada bekas ubat

“Selain itu, cuba elakkan memakai kasut yang terlalu ketat atau yang tidak selesa. Memakai kasut yang terbuka juga akan mendedahka­n kaki kita kepada cuaca yang panas juga menyebabka­n kaki mudah kering dan merekah.

“Gunakan sabun yang sesuai dan bersifat lembut untuk membersihk­an kaki. Menggunaka­n sabun yang mengeringk­an kulit akan menyebabka­n masalah ini semakin susah untuk dirawat.

“Paling penting adalah memastikan badan kita mendapat air secukupnya supaya ia boleh berfungsi dengan baik sekali gus menjaga kelembapan kulit termasuk di tapak kaki,” katanya. yang tidak mempunyai sebarang label atau dengan label yang tidak jelas.

Simpan kertas sisipan ubat yang ada di dalam kotak ubat dan mengetahui serba sedikit berkaitan ubat tersebut terutama kesan-kesan sampingan.

Biasakan diri untuk menyemak tarikh luput dari semasa ke semasa. Jangan guna ubat yang melepasi tarikh luput.

Pesakit dinasihatk­an untuk rujuk kepada doktor atau ahli farmasi jika memerlukan maklumat tambahan berkaitan ubatubatan.

Pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, pesakit atau orang awam hubungi

Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call CentreNPCC) melalui talian 180088-6722, Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti umum.

Disediakan oleh

Aima Nabila Abdul Basid & Lina Farhanah Abdul Aziz Pegawai Farmasi

 ??  ?? MEMAKAI kasut yang sempit boleh merosakkan tumit kaki.
MEMAKAI kasut yang sempit boleh merosakkan tumit kaki.
 ??  ?? MEMAKAI losyen atau krim kulit boleh melindungi tumit daripada kering.
MEMAKAI losyen atau krim kulit boleh melindungi tumit daripada kering.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia