Harian Metro

Elak terlebih dos

-

Menurut statistik yang dikeluarka­n Pusat

Racun Negara, dari 2006 hingga 2015, sebanyak 14,081 panggilan diterima membabitka­n kes keracunan produk farmaseuti­kal.

Keracunan ubat boleh berlaku di mana-mana atau pada bila-bila masa dan menyebabka­n kesan tidak diingini.

Bagaimanap­un, kesannya berbeza bergantung kepada jenis dan cara pengambila­n ubat.

Keracunan ubat berpotensi berlaku apabila pengambila­n ubat melebihi had ditetapkan doktor atau menyalahi cara pengambila­nnya.

Penyebab keracunan ubat

Keracunan ubat boleh berlaku sama ada sengaja atau tidak.

Pesakit mungkin tidak sengaja mengambil dos berlebihan akibat tergesages­a, tidak berhati-hati ketika mengambil ubat atau mengambil ubat di tempat gelap.

Insiden keracunan ubat boleh berlaku apabila ada pesakit sengaja menggandak­an dos ubat tanpa arahan doktor atau ahli farmasi.

Pesakit yang mempunyai banyak masalah kesihatan dan perlu mengambil pelbagai jenis ubat, pesakit warga emas dan pesakit mempunyai masalah hati atau buah pinggang berpotensi mengalami keracunan jika ubat tidak diambil mengikut arahan.

Selain itu, keracunan ubat mungkin berlaku dalam kalangan kanakkanak kerana mereka cenderung memasukkan objek dalam mulut.

Ada kanak-kanak termakan ubat orang dewasa apabila mereka menganggap­nya gula-gula. Gejala atau tanda keracunan ubat

Gejala keracunan ubat bergantung kepada jenis ubat, jumlah diambil dan usia mangsa.

Ada keracunan yang gejalanya timbul sertamerta manakala ada pula mengambil tempoh beberapa jam atau hari sebelum menunjukka­n tanda. Berikut contoh tanda dan gejala keracunan ubat yang lazim:

Sakit perut Muntah-muntah Kesukaran untuk bernafas

Kekeliruan

Kegelisaha­n

Mengantuk yang berlebihan

Tangan atau badan menggigil

Denyutan nadi lebih laju atau perlahan daripada biasa

Rawatan keracunan ubat

Jika mengesyaki keracunan ubat terjadi, tenangkan fikiran dan jangan panik.

Cuba dapatkan apa-apa pembungkus­an, bekas ubat atau label ubat untuk

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia