Harian Metro

BERSIN PASTIKAN HIDUNG BEBAS BAKTERIA

-

Hanya kerana menahan bersin, seorang lelaki dikejarkan ke wad kecemasan hospital apabila mengalami masalah kesihatan serius iaitu letusan kecil di dalam lehernya.

Tindakan lelaki itu menutup hidung dan menekap mulut sebaik mahu bersin menyebabka­n dia mengalami kesakitan melampau di bahagian farinks (bahagian saluran makanan di antara mulut dan esofagus), disusuli pembengkak­an serta perubahan suara.

Pemeriksaa­n terhadap pesakit itu mendapati ada udara terperangk­ap sekitar trakeanya. Keadaan itu juga menyebabka­n satu lubang pada tisu tekak yang lembut terhasil dan menyebabka­n udara beralih hingga ke bahagian leher.

Kes itu dilaporkan secara terperinci oleh British Medical Journal Case Reports dan dikategori­kan sebagai kes jarang ditemui.

Meskipun kes itu terpencil, mereka yang gemar menahan bersin juga terdedah kepada risiko gegendang telinga pecah, pendarahan hidung dan kerosakan saluran darah.

Justeru, memadai menutup hidung dan mulut dengan kertas tisu bagi mengelak penyebaran bakteria ke individu lain.

Berikut adalah fakta menarik mengenai bersin:

Bersin memastikan badan selamat daripada serangan penyakit

Bersin bermakna saluran hidung dilindungi daripada bakteria dan virus. Sebaik sesuatu memasuki ke dalam hidung, bersin adalah tindakan refleks terhadap rangsangan itu.

Bersin tindak balas pantas

Ia mencapai kelajuan 100 batu sejam dan menghambur­kan sekitar 100,000 jenis kuman ke udara.

Anda tidak bersin apabila tidur

Apabila anda mengantuk, saraf-saraf berkait dengan tidur seterusnya mengawal refleks.

Cahaya mungkin membuat anda bersin.

Satu dalam tiga orang dilahirkan dengan satu gen turun-temurun yang menyebabka­n mereka mudah bersin apabila didedahkan kepada cahaya terang. Ia tindakan semula jadi dan tidak ada apa-apa yang harus dibimbangk­an.

Generasi terdahulu lebih menghargai manfaat bersin

Orang lama biasanya dengan sengaja menggunaka­n rumput atau bulu untuk merangsang diri supaya bersin.

 ??  ?? BERSIN tindakan pembersiha­n daripada kuman.
BERSIN tidak berlaku ketika tidur.
BERSIN tindakan pembersiha­n daripada kuman. BERSIN tidak berlaku ketika tidur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia