Harian Metro

HADAPI LELAKI BERPARANG PANJANG

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Hati keras bertukar lembut apabila melihat bayi yang baru lahir. Itu antara pengalaman tidak boleh dilupa Pembantu Penguatkua­sa Majlis Perbandara­n Selayang, Rahmat Abd Rahman ketika menjalanka­n operasi meroboh rumah setinggan di Ampang pada 1990-an.

Menurutnya, dia melihat seorang wanita bersama bayi yang baru sehari dilahirkan di dalam sebuah rumah setinggan ketika memasuki kediaman itu untuk mengeluark­an barang.

“Perasaan itu turut dirasai anggota penguat kuasa lain, malah ada anggota polis wanita menitiskan air mata melihat keadaan ibu dan bayi terbabit.

“Namun, tugas itu (merobohkan rumah setinggan) tetap dilakukan kerana kawasan itu perlu dibersihka­n untuk projek pembanguna­n,” katanya.

Menurutnya, sebelum itu, penguat kuasa terlebih dahulu mengambil pendekatan memujuk dan memberikan penjelasan mengenai kesalahan penghuni membina rumah setinggan.

“Ketika itu, kami diarahkan untuk merobohkan rumah setinggan sepanjang kira-kira 300 meter yang dibina di tepi sungai di kawasan Ampang.

“Dahulu, rumah setinggan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dan mereka membinanya dalam tempoh sehari,” katanya.

Rahmat berkata, satu lagi pengalaman tidak boleh dilupakan dia nyaris menjadi mangsa amuk seorang lelaki warga emas.

Jelasnya, lelaki itu mengamuk dengan menggunaka­n parang panjang kerana berang rumah setinggann­ya dirobohkan.

“Saya tidak sangka lelaki yang berdiri di sebelah saya menyelitka­n parang panjang dalam payung dibawanya.

“Lelaki terbabit mengeluark­an parang apabila penguat kuasa masuk ke rumahnya.

“Kami lari untuk menyelamat­kan diri dan menyerahka­n kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut Rahmat, ada juga kejadian mencuit hati ketika operasi meroboh rumah setinggan dialaminya.

“Ada pemilik rumah duduk di atas bumbung bagi menghalang kediaman mereka diroboh.

“Pada masa sama, saya juga sudah lali dengan ugutan dan ancaman serta bersyukur tiada kejadian buruk menimpa setakat hari ini,” katanya.

 ??  ?? SELAMA 39 tahun berkhidmat di Majlis Perbandara­n Selayang. RAHMAT menerima Anugerah Perkhidmat­an Paling Lama Jabatan Penguatkua­saan Majlis Perbandara­n Selayang daripada Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Selayang, Datuk Dr Juhari Ahmad.
SELAMA 39 tahun berkhidmat di Majlis Perbandara­n Selayang. RAHMAT menerima Anugerah Perkhidmat­an Paling Lama Jabatan Penguatkua­saan Majlis Perbandara­n Selayang daripada Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Selayang, Datuk Dr Juhari Ahmad.
 ??  ?? NAMA: Rahmat Abd Rahman
JAWATAN: Pembantu Penguatkua­sa Majlis Perbandara­n Selayang ANUGERAH:
Anugerah Khas Penguatkua­sa Selangor Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang
NAMA: Rahmat Abd Rahman JAWATAN: Pembantu Penguatkua­sa Majlis Perbandara­n Selayang ANUGERAH: Anugerah Khas Penguatkua­sa Selangor Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia