Harian Metro

M KEJAR IMPIAN JADI USAHAWAN

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

engambil keputusan drastik meninggalk­an kerjaya kukuh dalam sektor swasta demi mengejar impian sebagai usahawan bukan perkara mudah buat Nadhir Ashafiq Zainal Abidin.

Yakin dan optimis dalam menentukan jalan hidupnya, pengasas bersama dan Pengarah Eksekutif The Lorry Online Sdn Bhd ini menyifatka­n minat dan naluri hati menjurus ke arah dunia perniagaan antara motivasi paling kuat untuk memberanik­an diri terus melangkah.

Pada awalnya, keputusan berkecimpu­ng dalam bidang logistik atau lebih tepat lagi, lori sewa ini tidak mendapat tempat di hati arwah bapa yang juga ahli perniagaan.

“Saya mengerti kebimbanga­n seorang bapa yang mungkin tidak sampai hati melihat anaknya tewas selepas bertarung dalam dunia perniagaan.

“Ini kerana dia sudah berjaya mengusahak­an perniagaan sendiri.

“Namun lamakelama­an, arwah bapa menyedari potensi bidang ini seterusnya menjadi pendorong, penasihat dan sering berkongsi idea bersama saya.

“Malah bapa berbangga kerana saya tidak menggunaka­n jaringan kenalannya untuk menjayakan perniagaan ini.

“Sebenarnya idea perniagaan ini tercetus apabila menyedari industri logistik terutama lori tidak beroperasi dengan cekap, jadi kami melihat ia memerlukan suntikan teknologi dalam perkhidmat­an ini.

“Menggunaka­n konsep lori sewa, saya akui permulaann­ya sukar mendapat kepercayaa­n dan keyakinan daripada pengusaha serta pemandu lori terhadap perkhidmat­an dalam talian ini.

Nadhir kini ada 110 pekerja serta 7,000 pengusaha

dan pemandu lori di empat negara Asean

“Malah kami turut disalah anggap sebagai broker. Bayangkan daripada 50 pengusaha dan pemandu lori yang ditemui, hanya dua pengusaha yang berminat untuk bekerjasam­a.

“Situasi berbeza apabila idea perniagaan ini mendapat perhatian media dan masyarakat,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Apa yang lebih menarik, idea dua anak muda ini berjaya mendapat kepercayaa­n pelabur.

Seterusnya menerima suntikan dana mencecah jutaan ringgit daripada pelabur tempatan dan asing termasuk Singapura serta Jepun.

Bermula dengan tiga tenaga kerja dan dua pengusaha lori, kini Nadhir Ashafiq boleh berbangga apabila mempunyai 110 pekerja terdiri daripada rakyat tempatan serta

7,000 pengusaha dan pemandu lori di empat negara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia serta Thailand.

Melihat teknologi sebagai jawapan, lelaki ini mengakui situasi ini bukan hanya berlaku di Malaysia, bahkan seluruh rantau Asia Tenggara.

Kejayaan perniagaan ini turut membolehka­n Nadhir Ashafiq dan rakan kongsinya Chee Hau Goh tersenarai dalam majalah Forbes 30 Under 30 Asia pada 2017.

Mengembang­kan sayap ke Thailand dan Indonesia sejak tahun lalu, beliau optimis laluan jauh lebih mudah kerana kejayaan di Malaysia sudah menjadi ukuran.

Berkongsi pengalaman paling agresif pernah dilakukan, beliau mengakui jiwa muda antara dorongan untuk ‘melanggar’ aturan sewajarnya.

“Kejadian itu berlaku pada 2017 apabila kami cuba mendapatka­n kontrak logistik.

“Apabila tidak berjaya menerusi gaya konvension­al, kami mengambil pendekatan lebih berani dan terbuka.

“Kami mencuba konsep pemasaran ‘gerila’ apabila sanggup berdiri di bawah pancaran terik matahari selama empat jam di

 ??  ??
 ??  ?? INGIN suntikan teknologi dalam industri logistik.
INGIN suntikan teknologi dalam industri logistik.
 ??  ?? PERLU idea segar.
PERLU idea segar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia