Harian Metro

AROMA TERSENDIRI GAHARU NEGARA

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Mengikut kepercayaa­n masyarakat Melayu, kayu gaharu dikaitkan dengan unsur mistik apabila dikatakan mempunyai kebolehan menghalau jin dan makhluk halus.

Biasanya produk kayu berkenaan dijadikan hulu senjata setiap kali masuk ke hutan sementara minyaknya pula digunakan untuk tujuan perubatan tradisiona­l.

Selain Malaysia, setiap rumah, masjid mahupun pusat keramaian di Timur Tengah pastinya mempunyai aroma kayu berkenaan. Sudah menjadi amalan ratusan tahun, setiap rumah kena ada kayu gaharu untuk dibakar.

Begitulah pentingnya hasil kayu hutan berkenaan yang mana dahulunya didapati daripada Orang Asli yang bekerja mencari hasil hutan dan dijual kepada peraih.

Kini pokok itu mula ditanam secara komersial bagi memenuhi permintaan tinggi baik untuk tujuan penghasila­n produk

wangian dan kosmetik selain eksport ke luar bagi kayu juga hasil minyaknya.

Menurut Pengerusi Persatuan Karas dan

Gaharu Bumiputera (GAHARU) Arfan Ramli, disebabkan beberapa faktor itu mendorong kepada usaha pihaknya mengkomers­ialkan produk hasil hutan terbabit. Terutama isu dicuri penceroboh negara jiran iaitu Vietnam dan Kemboja.

“Gaharu hutan negara ini paling kurang nilainya boleh mencecah RM8,000 perkilogra­m (perkg) dan untuk kualiti ladang biasanya separuh daripada nilai berkenaan.

“Cabaran untuk gaharu hutan ialah tiada lagi pencari tempatan terutama masyarakat Orang Asli berminat menjual hasil berkenaan. Keadaan itu diburukkan lagi apabila kebelakang­an ini laporan berita mengenai kehadiran pemburu hasil hutan haram dari Vietnam mahupun Kemboja yang menceroboh masuk ke hutan bagi mencuri hasil kayu kita termasukla­h gaharu.

“Menyedihka­n lagi apabila hasil kayu ini dibawa pulang dan dijual atas nama gaharu negara berkenaan, sedangkan kayu gaharu itu adalah berasal dari negara kita. Orang luar lebih mengenali gaharu Vietnam atau komersialn­ya ‘Vietnam OUD’.

“Begitu juga kesnya untuk Kemboja dan bagi pemain industri sudah mengenali aroma kayu gaharu tempatan akan mengenali ia sebenarnya hasil tempatan sudah dicuri pihak luar serta diperkenal­kan sebagai hasil mereka.

“Justeru pendekatan persatuan yang baru saja ditubuhkan November 2018, kami mahu kawal standard kualiti eksport bagi produk gaharu tempatan dan paling utama penjenamaa­n produk ini sebagai ‘Malaysian OUD’ supaya pengimport produk berkenaan mengetahui kualiti serta kewujudan gaharu Malaysia mempunyai kualiti,” katanya ketika ditemui dalam Internatio­nal Conference­s Agarwood Incense and Frangrance di Hotel Westin Bukit Bintang, Rabu lalu.

Menjelaska­n lebih lanjut perkembang­an industri produk kayu

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia