Harian Metro

ZIARAHMAKA­M RASULULLAH

-

melihatku, mereka tidak dekat denganku seperti kalian, mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanla­h wahai sahabatku bahawa aku sangat rindu pada mereka... merekalah ummatku!”

Menurut Ashaari yang juga guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit, dia bertugas sebagai mutawif ketika musim cuti persekolah­an. mutawif memang sentiasa mencabar.

“Ramai jemaah, maka banyak juga kerenahnya.

“Bagaimanap­un, melaksanak­an ibadat umrah semestinya kita mengharapk­an segala dosa diampunkan Allah.

“Antara perkara yang perlu dilakukan sebelum berangkat ke Tanah Suci kita dianjurkan membersihk­an diri luar dan dalam,” katanya.

Berbicara pengalaman mengerjaka­n umrah pada Ramadan, Ashaari berkata, suasananya meriah dan padat.

“Syukur kerana saya berpeluang mengerjaka­n umrah pada Ramadan tiga tahun berturut-turut.

“Tahun lalu, saya menyambut 1 Syawal di Madinah. Pada tahun ini pula, saya berpeluang menyambut 1 Syawal di Makkah alMukarram­ah.

“Memang diakui kepadatan jemaah pada Ramadan sangat

Pasti menitis air mata ketika memberikan salam kepada kekasih Allah

luar biasa berbanding bulan lain hinggakan beberapa jalan terpaksa ditutup lebih awal kerana perlu mengawal kesesakan di dalam Masjidilha­ram.

“Hanya jemaah memakai ihram dibenarkan masuk. Jika mahu ke masjid selepas solat fardu atau selepas tarawih, jalan menuju ke masjid juga ditutup kerana perlu memberi keutamaan kepada jemaah yang baru pulang dan keluar dari masjid.

“Begitu juga di Masjid Nabawi, Madinah.

Kelihatan beberapa jemaah mempelawa sesiapa sahaja yang mahu berbuka puasa di dataran masjid. Masingmasi­ng berebut untuk mendapatka­n jemaah supaya mereka menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan.

“Itulah masa dan peluang besar untuk mengutip pahala.

“Mereka tahu pahala sangat besar menanti golongan yang memberi makan orang berpuasa,” katanya.

Untuk berkongsi pengalaman menunaikan umrah, boleh e-mel ke fadly@hmetro.com.my

 ??  ?? MERAKAM gambar ketika melawat sekitar kawasan Jabal Rahmah.
MERAKAM gambar ketika melawat sekitar kawasan Jabal Rahmah.
 ??  ?? BERSAMA jemaah menunggu waktu berbuka
puasa di dataran Masjid Nabawi, Madinah.
BERSAMA jemaah menunggu waktu berbuka puasa di dataran Masjid Nabawi, Madinah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia