Harian Metro

Ajal dibelasah curi kereta SAMAN RM57.7j

- Agensi

Philadelph­ia (Amerika Syarikat): Seorang suspek yang mencuri kereta dengan tiga kanak-kanak masih kecil mati dibelasah orang ramai termasuk bapa budak berkenaan.

Dalam kejadian itu, ibu kanak-kanak terbabit menghentik­an kereta di depan restoran piza untuk menjenguk teman lelaki yang bekerja di situ, tetapi tidak mengunci pintu atau mematikan enjin kenderaan berkenaan.

Akibatnya, suspek berusia 54 tahun itu mengambil kesempatan melarikan kereta berkenaan dengan tiga beradik berusia tujuh bulan hingga lima tahun masih di dalam.

Bagaimanap­un, dia terperangk­ap dalam kesesakan lalu lintas menyebabka­n bapa terbabit yang mengejarny­a berjaya menangkapn­ya dan mengheretn­ya keluar dari kereta, lapor NBC.

Suspek cuba melarikan diri tetapi ditangkap sekali lagi dan pergaduhan berlaku sebelum disertai orang ramai di situ menyebabka­n lelaki terbabit dibelasah sehingga pengsan. Dia disahkan meninggal dunia di hospital, tetapi tiada tangkapan dibuat setakat ini. - Agensi

Seorang lelaki memfailkan saman AS$14 juta (RM57.5 juta) terhadap polis New York selepas dibelasah teruk anggota pihak berkuasa itu dalam kejadian Selasa lalu yang dirakam dan dikongsika­n orang ramai di media sosial.

Daily Mail melaporkan, kejadian berlaku jam 6.30 petang selepas mangsa, Kevin Diaby, 20, menghantar rakannya pulang di kawasan berhampira­n.

Dia sebelum itu dihampiri dua anggota polis yang menaiki kenderaan dan melalui lampu isyarat yang meminta lesen memandunya.

Orang ramai yang menyedari kejadian itu mula berkumpul dan melihat Diaby disoal polis selain memberitah­u kereta dinaikinya akan ditunda kerana tidak mempunyai lesen.

Berdasarka­n klip video dirakam dan dikongsi beberapa saksi di media sosial, anggota polis menolak kakaknya, Fatou Diaby, 24, ketika cuba masuk ke dalam kereta manakala

seorang lelaki yang cuba membantu turut ditolak.

Diaby dilihat ditumbuk beberapa kali di kepala oleh seorang anggota polis tidak dikenal pasti sebelum ketiga-tiga

 Lelaki dibelasah teruk polis ketika kesalahan lalu-lintas tuntut pampasan

mereka termasuk orang awam, Christophe­r Johnson, 23, ditahan kerana didakwa melakukan kesalahan kecil.

Pejabat pendakwa

raya Manhattan yang mengesahka­n kejadian itu berkata, mereka enggan melakukan pendakwaan terhadap mereka tanpa menjelaska­n lebih lanjut.

 ??  ?? PAYUNG seorang lelaki diterbangk­an angin kuat. - EPA
PAYUNG seorang lelaki diterbangk­an angin kuat. - EPA
 ??  ?? DIABY memfailkan saman AS$14
juta terhadap polis New York.
DUA anggota polis bergelut dengan Diaby sebelum dibelasah teruk.
DIABY memfailkan saman AS$14 juta terhadap polis New York. DUA anggota polis bergelut dengan Diaby sebelum dibelasah teruk.
 ??  ?? PENDUDUK bersedia menghadapi ribut besar. - Daily Mail
PENDUDUK bersedia menghadapi ribut besar. - Daily Mail
 ??  ?? DUA orang terkandas selepas kereta mereka ditenggela­mkan banjir di New Orleans. - Daily Mail
DUA orang terkandas selepas kereta mereka ditenggela­mkan banjir di New Orleans. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia