Harian Metro

MISI BESAR TERANGA LIONS

- AFP

 Mane mahu lihat Piala Negara Afrika diarak di sekitar

jalan-jalan di Dakar

Kaherah

Melihat Piala Negara Afrika diarak di sekitar jalan-jalan di Dakar menjadi impian bintang Senegal, Sadio Mane.

Selepas mengesahka­n kejayaan Liverpool dalam Liga Juara-Juara (UCL), penyerang handalan Reds berusia 27 tahun itu mengimpika­n trofi terbabit berada di ibu kota negara kelahirann­ya itu.

Untuk mencapai impian, skuad dari barat benua Afrika mendapat jolokan Teranga Lions itu perlu menang dua perlawanan terakhir saingan itu.

Senegal akan berdepan Tunisia pada aksi separuh akhir menentang Tunisia di Mesir, lewat tengah malam ini.

“Kembali ke Dakar dengan trofi itu sudah tentu sesuatu yang luar biasa,” kata Mane.

Dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Mane berkongsi anugerah Penjaring Terbanyak musim lalu bersama rakan sepasukan Afrika, Mohamed Salah (Mesir) dan Pierre-Emerick Aubameyang (Gabon).

“Memang impian saya membantu Senegal memenangi Piala Afrika dna sudah tentu ia bonus selepas menjulang UCL bersama Liverpool di Madrid.

“Kami diletakkan dalam kalangan pasukan pilihan. Ramai meramalkan kami akan berdepan Algeria di final,” katanya meledak tiga gol pada kejohanan itu setakat ini.

“Semua empat pasukan empat terakhir mempunyai kualiti dan memiliki peluang sama rata memenangi kejohanan ini.

Juara

pastinya pasukan yang paling mengingink­an trofi itu.”

Senegal pernah bertemu Tunisia sebanyak tiga kali pada kejohanan itu.

Dua pasukan itu seri tanpa jaringan di peringkat kumpulan pada 1965.

Pada 2002, Senegal juga seri 0-0 pada peringkat kumpulan manakala aksi terakhir dua pasukan terbabit bertembung Tunisia menang 1-0 di peringkat suku akhir

2004.

 ??  ?? MANE sentiasa lincah. PEMAIN ketika sesi latihan sebagai persiapan berdepan Tunisia lewat malam ini.
MANE sentiasa lincah. PEMAIN ketika sesi latihan sebagai persiapan berdepan Tunisia lewat malam ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia