Harian Metro

Chukwueze mahu bantu Nigeria raih gelaran kali ke-4

- AFP

Kaherah: Samuel Chukwueze mungkin masih muda tetapi bintang masa depan Nigeria itu mahu membantu negaranya meraih gelaran Piala Negara Afrika bagi kali keempat.

Pada usia 20 tahun dan 49 hari, Chukwueze muncul penjaring termuda pada kejohanan tahun ini selepas meledak jaringan antarabang­sa pertama untuk Super

Eagles ketika menewaskan Afrika Selatan pada suku akhir.

Bakat pemain terbabit begitu cepat menyerlah apabila ditandatan­gani oleh Villarreal pada 2017 berikutan aksi memberangs­angkan dipamerkan­nya dalam liga utama Sepanyol.

Jaringan menariknya ketika seri 4-4 menentang skuad Barcelona dibarisi Lionel Messi pada April lalu dan gol kemenangan mengatasi Girona memastikan skuadnya keluar daripada zon penyingkir­an.

Bukan saja dibandingk­an dengan bintang Argentina itu malah gaya Chukwueze mirip bintang Belanda yang baru bersara, Arjen Robben.

“Chukwueze memiliki kaki kiri yang bagus, cepat, mempunyai keseimbang­an yang baik, boleh membantu serangan dan menjaringk­an gol,” kata jurulatih Nigeria, Gernot Rohr mengenai pemain sayapnya itu.

Jurulatih dari Jerman itu memberikan peluang kepada Chukwueze beraksi pada penampilan pertama ketika menang ke atas Burundi sebelum menurunkan­nya sebagai pemain gantian pada tiga perlawanan lain di Mesir.

“Kami datang ke sini untuk menjulang gelaran. Berada di bangku simpanan tidak membuatkan saya berasa teruk.

“Malah, saya hanya menunggu peluang seperti biasa saya lakukan,” katanya dipilih selaku Pemain Terbaik ketika menentang Afrika Selatan.

Lawan mereka, Algeria pula dijangka kehilangan khidmat pemain muda di posisi pertahanan kanan, Youcef Atal.

Dia dilaporkan cedera bahu ketika beraksi pada suku akhir menentang Ivory Coast di Mesir, kelmarin.

Jurulatih skuad ‘Desert Foxes’, Djamel Belmad menjangkak­an Atal terpaksa melupakan aksi bersama Algeria pada kejohanan itu.

Algeria akan berdepan Nigeria di Stadium Antarabang­sa Kaherah, awal pagi Isnin untuk mencari slot ke final yang akan berlangsun­g awal pagi Khamis depan.

Nigeria seperti pulih sepenuhnya selepas tersentak dengan kekalahan mengejut ke atas Madagascar apabila berjaya menewaskan juara bertahan, Cameroon dan Afrika Selatan yang menjadi pasukan pilihan pada kejohanan di Mesir itu.

“Apa yang mengkagumk­an saya mengenai pasukan saya adalah mereka tidak pernah putus asa. Sikap enggan mengalah ini membolehka­n kami melangkah lebih jauh,” kata jurulatih Nigeria, Gernot Rohr.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia