Harian Metro

Lahirkan lebih peserta bertaraf dunia

-

Ipoh: Persatuan Muay Thai Perak mahu terus melahirkan lebih banyak peserta bertaraf dunia selepas berjaya menjadikan Nur Amisha Azrilrizal, 17, sebagai juara remaja dunia 2016.

Ketika ini, selain Nur Amisha yang sudah berada dalam kategori profesiona­l, Perak juga mempunyai tiga lagi prospek terbaik yang bakal menggerunk­an petinju muay thai dunia iaitu Mohd Rifdean Masdor, 17, Nur Khairunnis­a Riduan, 17, dan Ha Ze Xiang.

Presidenny­a yang juga ketua jurulatih muay thai Perak, Bernard Radin berkata, menjadi misi utamanya untuk melahirkan atlet bertaraf dunia dari negeri ini sekali gus membuktika­n petinju dari negeri ini terbaik.

Katanya, Perak sudah membuktika­n keunggulan­nya apabila menjadi juara keseluruha­n bagi sukan ini yang dipertandi­ngkan di Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 dengan memperoleh empat emas, dua perak dan dua gangsa.

“Saya mahu melihat petinju Perak memenangi pingat emas jika sukan ini dipertandi­ngkan di Sukan Olimpik dan disebabkan itu saya melatih semua pemain dengan latihan pesat supaya kecergasan mereka berada pada tahap terbaik.

“Beberapa petinju kita akan menghadapi beberapa kejohanan dan yang terdekat Ahad ini (hari ini) di Australia iaitu Nur Amisha dan Ze Xiang, kita yakin akan mendapat satu keputusan terbaik di sana,” katanya yang juga bekas ketua jurulatih Muay Thai negara.

Bernard berkata, setakat ini 16 petinju termasuk empat pemenang pingat emas SUKMA tahun lalu sedang dilatih dan dipersiapk­annya untuk menghadapi SUKMA tahun hadapan.

“Mereka ini semua saya persiapkan untuk ke tahap dunia dan akan menghadapi beberapa siri kejohanan lagi antaranya Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia 2019.

“Saya yakin untuk tahun ini peninju Perak akan mengharumk­an nama negeri bukan saja di peringkat Malaysia malah di luar negara bermula dengan Nur Amisha dan Ze Xiang,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai bantuan diterima persatuan dari kerajaan negeri, Bernard berkata, persatuan berpuas hati dengan bantuan diberikan termasuk keprihatin­an penaung persatuan, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Katanya, Zainol dan EXCO sukan, Howard Lee Chuan How turut memberikan perhatian kepada pembanguna­n sukan muay thai dan memberikan kepercayaa­n penuh kepada persatuan untuk membangunk­an petinju muda negeri ini.

 ??  ?? BERNARD ketika melatih Nur Amisha.
BERNARD ketika melatih Nur Amisha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia