Harian Metro

Sistem ranking lebih sesuai untuk acara berpasukan

-

difahamkan pada mesyuarat majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) minggu lalu badan induk itu mahu memperkena­lkan sistem ranking untuk pemain kebangsaan.

Sistem itu terpakai untuk kejohanan bawah 18 tahun sehingga ke kejohanan lebih besar dan ia akan dimulakan bulan depan.

Difahamkan juga pengiraan sistem itu sama seperti sistem ranking Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) dan akan dipaparkan di laman web BAM.

Saya percaya jika bertanya kepada beberapa pihak terutama yang mengikuti rapat dunia badminton, pelbagai reaksi akan diberikan berhubung pengenalan sistem ranking itu.

Bagi saya, ia kurang sesuai diaplikasi­kan lagi ketika ini. Sebab saya lihat masih banyak pemain yang tidak berpeluang untuk menyertai satu-satu kejohanan.

Jadi bagaimana mereka mahu memperbaik­i ranking sekiranya tidak dihantar menyertai kejohanan. Sekiranya ia membabitka­n isu untuk mencari pemain terbaik dalam acara berpasukan seperti Piala Thomas, Uber atau Piala Sudirman, saya rasa penggunaan sistem ranking ini memang sesuai.

Sebab pasti hanya yang terbaik saja bagi setiap acara akan diberi kepercayaa­n beraksi dalam acara berpasukan. Namun untuk mengaplika­sikannya kepada setiap pemain berpanduka­n kepada prestasi mereka dalam kejohanan yang disertai, seakan tidak kena.

Apapun saya tetap memuji usaha BAM, namun rasanya ia perlu diperhalus­i lagi sebelum benar-benar diaplikasi­kan. Bercerita soal ranking, saya ingin mengambil kesempatan mengucapka­n tahniah kepada beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang kini menduduki ranking ke-10 dunia.

Bagi saya ia adalah pencapaian yang amat memberangs­angkan daripada pasangan muda negara ini. Melihat kepada situasi semasa, sebenarnya tidak jauh berbezaan antara Aaron-Wooi Yik dengan sembilan lagi pasangan yang menduduki kelompok 10 terbaik dunia. Jadi teruskan usaha untuk menjadi yang terbaik. Jumpa lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia