Harian Metro

TERSERAH PADA HAFIZH

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Bapa mahu lebih peka pada soal perjanjian kontrak

Usaha ONEXOX TKKR SAG Team untuk cuba membantu pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin beraksi bersama pasukan itu di saingan Moto2 musim depan mendapat reaksi positif bapanya, Abdullah Harun.

Malah Abdullah berkata, dia sebenarnya sudah lama

mengenali pemilik dan prinsipal pasukan, Bobie Farid Shamsuddin terutama ketika pasukan berkenaan mula berjinak-jinak untuk beraksi di saingan Cub Prix.

“Saya faham usaha mereka itu. Sememangny­a untuk beraksi di Kejohanan Motosikal Dunia memerlukan dana yang besar,” katanya ketika dihubungi semalam.

Abdullah bagaimanap­un menyerahka­n segala keputusan kepada Hafizh sendiri berhubung masa depannya selepas ini.

“Cuma sebelum ini saya tak ambil tahu mengenai perjanjian kontrak dan sebagainya. Jadi kali ini saya mahu lebih peka kepada perkara seperti itu,” katanya.

Bobie menerusi laporan Arena Metro semalam berkata, anggaran dana sebanyak RM3.5 juta untuk tempoh semusim diperlukan dalam usaha pihaknya memenuhi impian mendapatka­n Hafizh.

Bobie berkata, pihaknya memandang misi lebih jauh iaitu mengharapk­an tajaan kukuh yang mampu bertahan selama tiga musim untuk Hafizh dengan satu musim itu mungkin menyaksika­nnya beraksi di kelas MotoGP.

Justeru beliau berharap mana-mana syarikat atau individu yang berminat dapat tampil membantuny­a merealisas­ikan hasrat itu.

ONEXOX TKKR menjadi penaja bersama untuk pasukan Moto2 itu yang ketika ini menggunaka­n khidmat Remy Gardner serta Tetsuta Nagashima.

Kontrak Hafizh bersama Red Bull KTM Tech 3 tamat musim ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia