Harian Metro

2020 TAHUN BAIKI KELEMAHAN

- Manan Samad, Firdaus Hashim dan Syazwan Msar am@hmetro.com.my

Ketika diumumkan mengisi jawatan nombor satu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengetahui bebanan dan tanggungja­wab besar menanti beliau dalam usaha mengembali­kan zaman kegemilang­an sukan terbabit di persada antarabang­sa.

Hamidin adalah individu pertama menjadi Presiden FAM bukan daripada golongan bangsawan, namun pengalaman dan komitmen yang ditunjukka­n beliau sepanjang berkecimpu­ng dalam arena bola sepak negara melayakkan­nya memegang jawatan terbabit.

Banyak perubahan bakal dan sedang dilaksanak­an beliau dalam memastikan mutu dan imej bola sepak negara pulih seterusnya kembali memberi saingan sengit di persada antarabang­sa.

Malah, pelaksanaa­n pelan F:30 yang direncanak­an FAM menampakka­n hala tuju badan induk berkenaan semakin jelas dengan memastikan skuad kebangsaan menempa kejayaan lebih gemilang, selain program pembanguna­n akar umbi lebih tersusun dan memberikan keputusan positif.

Arena Metro yang berkesempa­tan menemubual Hamidin turut mendapatka­n penjelasan secara terperinci berkaitan pelan pembanguna­n bola sepak sepanjang tempoh setahun beliau memegang jawatan Presiden FAM.

Apakah yang boleh Datuk katakan apabila dipilih memegang jawatan nombor satu dalam arena bola sepak negara?

Saya sebenarnya tidak terfikir untuk menggalas tanggungja­wab sebagai presiden selepas peletakan jawatan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden FAM.

Sebaik diberikan tanggungja­wab sebagai presiden, saya mengetahui perlu bekerja keras dan melaksanak­an kerja dengan bersungguh-sungguh dengan matlamat untuk meningkatk­an lagi nama dan mutu bola sepak negara.

Pengalaman sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan FAM, selain menjadi pengurus skuad kebangsaan memudahkan saya menggalas tanggungja­wab itu. Selain itu, saya juga perlu meletakkan FAM pada hala tuju

yang betul dan sebab itu saya melancarka­n peta hala tuju yang juga boleh dipanggil sebagai misi atau visi untuk pembanguna­n bola sepak negara.

Melihat kepada situasi semasa, Qatar berjaya melaksanak­an projek besar untuk pembanguna­n bola sepak mereka. Adakah FAM akan mengikut jejak langkah itu dalam misi layak ke Olimpik atau Piala Dunia nanti?

Apa yang boleh saya katakan adalah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) perlu ditambah baik dan pastikan kelengkapa­n mencukupi dan sempurna. Perkara itu sudah dibawa ke mesyuarat baru-baru ini untuk diberikan perhatian. Jika kita lihat padang di AMD memang bagus, namun perlu titik berat mengenai pemakanan, malah gimnasium dan pusat pemulihan juga tidak lengkap.

Kelengkapa­n di gimnasium dan pusat pemulihan sudah kita suarakan, namun bajet berkaitan perkara itu ada...cuma perbelanja­an belum dikeluarka­n lagi. Sebelum ini, saya sudah melawat Akademi Aspire di Qatar dan kena ingat ia adalah pusat sukan bukan hanya untuk bola sepak, malah atlet sukan lain turut menggunaka­n kemudahan di situ.

Mereka hadir ke pusat berkenaan untuk proses pemulihan dalam air dengan mempunyai kecanggiha­n teknologi dan mesin termasuk menyediaka­n kemudahan bagi perlawanan persahabat­an bola sepak. Kemudahan di sana amat mengagumka­n dan bertaraf dunia, hanya warga negara Qatar dibenarkan untuk belajar dan tinggal di pusat terbabit manakala tenaga pengajarny­a terdiri daripada warga Sepanyol serta England.

Seperti kita ketahui kejayaan skuad kebangsaan sejak 2009 sebelum ini ada kaitannya dengan kewujudan skuad Harimau Muda. Adakah kemungkina­n FAM akan wujudkan kembali program itu?

Jika mempunyai dana kukuh dan dibantu kerajaan serta ada penaja, sudah tentu FAM mahu hidupkan kembali pasukan terbabit. Ada sesetengah pandangan yang mengatakan negeri pun nak pakai pemain, saya rasa tiada masalah kerana lepas umur 22 tahun kita akan hantar balik kepada negeri. Jika dilihat sebahagian besar daripada mereka mewakili negara seperti Fadhli Shas dan kejayaan pemain muda semuanya daripada pasukan itu ketika di bawah kendalian Datuk K Rajagobal.

Datuk sudah memimpin FAM dalam tempoh setahun. Apakah perancanga­n untuk tahun akan datang?

Apabila FAM meletakkan peta hala tuju, ia sebenarnya merangkumi banyak perkara termasuk menyediaka­n pusat latihan baharu, pembanguna­n futsal dan bola sepak wanita, sekali gus memerlukan pemantauan bagi menjayakan­nya. Tahun 2020 adalah fokus dalam melaksanak­an program berkenaan termasuk memperbaik­i kelemahan ahli gabungan dalam menjayakan program ini terutama jika bertukar presiden atau setiausaha.

Oleh itu, jika ahli gabungan tidak kuat sudah semestinya FAM akan menjadi lemah sekali gus menyukarka­n program terbabit dilaksanak­an. FAM turun padang untuk memberitah­u ahli gabungan mengenai hala tuju F:30 dan persatuan negeri perlu ikut, selain menyatakan kepada mereka apa yang boleh dilaksanak­an menerusi projek berkenaan.

Badan induk bola sepak negara turut menyediaka­n konsultan untuk mereka supaya lebih jelas lagi kerana jika pengetahua­n di peringkat negeri tidak kuat kemungkina­n sukar melaksanak­an program berkenaan. FAM menawarkan program bukan sekali namun sepanjang dua atau tiga tahun supaya mereka ini konsisten.

Seperti sedia maklum Datuk hanya orang biasa memegang jawatan Presiden. Boleh Datuk terangkan adakah dengan status itu sukar untuk melaksanak­an tanggungaw­ab yang dipikul sekarang ini?

Jika memegang jawatan sebagai presiden, pasti ada halangan namun perlu bijak mengetahui bagaimana mahu mengatasi kekangan itu. Betul sebelum ini yang memegang jawatan presiden adalah berdarah raja, namun mungkin menghadapi kekangan masa untuk memantau FAM dan meninggalk­an urusan kepada yang lain. Mungkin kelebihan itu ada pada saya. Namun, menerusi pengalaman yang ada dan kenalan sebelum ini banyak perkara boleh diatasi jadi tak ada isu berkaitan perkara terbabit.

Ahli gabungan sudah memberi tanggungja­wab kepada saya dan untuk itu memerlukan kerjasama daripada pengurusan liga, penaja, penyokong, kakitangan dan kerajaan untuk menjayakan­nya.

Saya memegang jawatan presiden kerana takdir apabila tiba 2021 dan ada individu lebih baik atau ahli gabungan berminat dengan jawatan itu, saya boleh keluar secara baik. Tempat itu bukan untuk bersuka ria kerana menjadi tumpuan ramai, namun saya tidaklah berasa tertekan menyandang jawatan terbabit.

Apakah akan terjadi kepada program dan perancanga­n yang direncanak­an sebelum ini sekiranya tampuk pemerintah­an FAM bertukar pada masa akan datang?

Setiap presiden yang dilantik nanti perlulah mengetahui berkaitan bola sepak dan seterusnya perlu ada peta hala tuju demi pembanguna­n sukan nombor satu negara itu.

Presiden baharu nanti boleh ubah perancanga­n itu mengikut kepandaian­nya, namun jika sampai satu masa peta hala tuju itu tiada perlulah bersedia berdepan dengan jawapan kepada media dan peminat. Jika tiada peta hala tuju bermakna tiada matlamat, namun perancanga­n itu boleh diperbaiki sejajar dengan perubahan yang dilakukan Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA). Nanti terpulangl­ah kepada presiden baharu untuk melakukan perubahan atau penambahan termasuk menukar nama program terbabit.

 ??  ?? Saya memegang jawatan presiden kerana takdir apabila tiba 2021 dan ada individu lebih baik atau ahli gabungan berminat dengan jawatan itu, saya boleh keluar secara baik
Saya memegang jawatan presiden kerana takdir apabila tiba 2021 dan ada individu lebih baik atau ahli gabungan berminat dengan jawatan itu, saya boleh keluar secara baik
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia