Harian Metro

‘SAYA KESAL...’

- Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@hmetro.com.my

 Presiden FAM lahir rasa kecewa terhadap sambutan dingin ahli gabungan terhadap ACE

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin melahirkan rasa kesal berhubung sambutan dingin ahli gabungan terhadap Projek Pemerkasaa­n Ahli Gabungan (ACE) yang diumumkan Februari tahun lalu.

Beliau berkata, projek itu dilancarka­n bertujuan memastikan ahli gabunganny­a mempunyai asas kukuh dari semua segi tadbir urus termasuk kewangan, maklumat pembanguna­n teknikal dan belia serta pemasaran selaras Pelan Hala Tuju FAM 2019-2030 atau F:30.

“FAM sendirian tidak mampu merubah bola sepak negara secara total. Ia hanya berupaya dilaksana jika semua pihak memahami agenda pembanguna­n dan F30 khususnya setiap persatuan negeri dan ahli gabungan FAM.

“Sebab itu saya sedikit kecewa hanya sebahagian kecil persatuan negeri memohon bantuan menerusi Projek ACE.

“Kita sedar majoriti muka

baharu mentadbir persatuan bola sepak negeri dan projek ini satu langkah membina kekuatan mereka tanpa sebarang kos. Ia ditaja oleh FAM. Malangnya ahli gabungan seolah-olah tak berminat atau faham projek ACE,” katanya dalam ucaptama pada Kongres FAM ke-55, semalam.

Hamidin berkata, Projek ACE antara pelbagai program diilhamkan olehnya yang genap setahun berkhidmat sebagai Presiden FAM dan berharap ia mendapat sambutan selepas ini.

“Kuat persatuan negeri kuatlah FAM. Lebih baik urus tadbir persatuan negeri, lebih baik kaedah pengurusan, maka lebih profesiona­l persatuan diuruskan,” katanya.

Hamidin dipilih sebagai Presiden FAM ketujuh bagi baki penggal 2017-2021 pada 14 Julai 2018 menggantik­an Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Michael Ramalingam ketika diminta mengulas berkata, setakat ini hanya tiga persatuan terbabit program itu sejak dilancarka­n secara rasmi pada Februari lalu.

“Pihak sekretaria­t akan menilai semula termasuk kaedah promosi yang dibuat kepada ahli gabungan. Mungkin kita perlu lebih proaktif untuk memastikan program ini difahami dan mendapat sambutan.

“Saya sudah berbincang dengan beberapa setiausaha agung persatuan dan yakin sekurang-kurangnya lapan lagi persatuan akan terbabit program ini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, pengurus pasukan Polis Diraja Malaysia, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar dipilih sebagai ahli jawatankua­sa eksekutif (exco) FAM pada kongres kali ini.

Beliau memperoleh 25 daripada 39 undi menewaskan empat calon lain iaitu exco Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur, Syed Yazid Syed Omar (8) manakala Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah, Khamal Idris Ali; Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang, Dr Amar Pritpal Abdullah dan Exco Persatuan Bola Sepak Perak, Hairul Anwar Mohamed Noor, masing-masing mendapat dua undi.

Sementara itu, Kongres FAM meluluskan dua usul berkaitan cadangan kerajaan membida hak penganjura­n bersama Piala Dunia FIFA 2034.

Pertamanya adalah mendaftar sokongan kongres berhubung cadangan itu sama ada berjaya atau tidak dalam proses kerjasama dengan semua pihak di ASEAN dan kerajaan Malaysia.

Usul kedua adalah melantik Timbalan Presiden FAM dan Ahli Majlis Persekutua­n Bola Sepak ASEAN (AFF), Datuk Seri Subahan Kamal mengetuai dalam konteks pembidaan bagi pihak jawatankua­sa eksekutif FAM jika ia dibuat kelak.

Usul berkenaan dikemukaka­n Hamidin yang mempengeru­sikan kongres berkenaan dan diluluskan sebulat suara oleh 39 ahli gabunganny­a.

 ??  ?? HAMIDIN
HAMIDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia