Harian Metro

Pengadil Jepun kendali final Piala FA 2019

-

Kuala Lumpur: Pengadil import Jepun akan mengadili final Piala FA membabitka­n Perak dan Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 Julai depan.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Michael Ramalingam semalam yang memaklumka­n hanya dua dari tiga negara iaitu Jepun dan Australia memberi reaksi positif berhubung permohonan untuk mendapatka­n khidmat pengadil import dihantar pada Mei lalu, manakala Thailand terpaksa menolak kerana mempunyai program video bantuan pengadil selain liga tempatan sedang berlangsun­g pada tarikh berkenaan.

Katanya, FAM bagaimanap­un memilih tiga pengadil dari Jepun berdasarka­n kerjasama dimeterai dengan Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) berkaitan pembanguna­n bola sepak selain bagi mengelak sebarang masalah jika pengadil dari negara berbeza digunakan.

“Kami juga meneliti nama dan kelayakan pengadil Jepun yang dicadangka­n JFA dan perbincang­an itu di peringkat akhir. Hanya tunggu surat-menyurat,” katanya selepas Kongres FAM ke-55, semalam.

Stuart berkata, seorang pengadil utama dan dua pembantu pengadil dari Jepun akan digunakan serta dibantu pengadil keempat dari Malaysia, namun identiti mereka hanya akan didedahkan selepas semuanya dimuktamad­kan sedikit masa lagi.

Mengenai kos pengadil import, katanya, ia di peringkat perbincang­an antara Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan FAM, namun tidak menolak kemungkina­n ia ditanggung bersama.

Sementara itu, bagi memastikan hanya calon berkredibi­liti dicalon bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden FAM pada masa depan, Kongres FAM sebulat suara meluluskan pindaan Statut FAM iaitu Artikel 27 (4).

Antara pindaan baharu Artikel 27 (4): Pemilihan iaitu setiap calon hendaklah mendapat jumlah pencalonan minimum daripada ahli mengikut jawatan yang ditandingi iaitu Presiden FAM (6 pencalonan), Timbalan Presiden FAM (5), Naib Presiden FAM (4) dan Ahli Jawatankua­sa Eksekutif FAM (2).

Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi berkata, pindaan itu selaras dengan Artikel 27 (1) Statut Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) dan Artikel 38 (2) Statut Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC).

Katanya, pindaan itu mempunyai rasionalny­a kerana sebelum ini banyak berlaku calon tidak berkelayak­an turut bersaing merebut jawatan penting dalam badan penaung sukan nombor satu di Malaysia dan dunia.

 ??  ?? STUART
STUART

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia