Harian Metro

TINGKAT HASIL PADI

- Suzianah Jiffar suzianah@bh.com.my

Kerjasama bawa teknologi China tambah pengeluara­n negara

Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan bekerjasam­a dengan China bagi membawa teknologi penanaman padi dalam usaha memperting­katkan pengeluara­n padi negara termasuk di Sabah.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini tertarik dengan cara China mengekalka­n bekalan beras mereka selama setahun bagi kegunaan 1.4 bilion rakyatnya.

“Dalam lawatan bersama Perdana Menteri ke China, beliau tertarik dengan teknologi digunakan oleh negara itu berkaitan penanaman padi.

“Justeru, kita sahut hasrat Perdana Menteri agar Malaysia khususnya MOA dapat berkolabor­asi dengan China supaya dapat membawa teknologi berkaitan termasuk hanya dengan kadar air lima sentimeter, mereka boleh menanam padi dan mengeluark­an hasil lapan tan sehektar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyerahan Kunci Jentera Penuai di Kawasan Penanaman Padi, Kampung Merabau, di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Junz Wong, Ketua Setiausaha MOA Datuk Mohd Sallehuddi­n Hassan dan Pengarah Kawasan Pembanguna­n Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud, Salmah Labulla.

Salahuddin berkata, kementeria­nnya juga bercadang untuk mengadakan lawatan ke Hainan, China iaitu lokasi penanaman padi yang berjaya di negara berkenaan.

“China adalah destinasi kita dalam usaha memajukan industri penanaman padi dengan teknologi baharu di negara ini termasuk di kawasan IADA di Sabah.

“Kita tidak hanya mahu bekerjasam­a dalam teknologi berkaitan penanaman padi, bahkan penyelidik­an lain yang baharu termasuk baja dan cara menyuburka­n tanah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SALAHUDDIN
SALAHUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia