Harian Metro

Tiada kompromi masalah disiplin

-

Kuching: Tentera Darat Malaysia (TDM) tidak berkomprom­i dengan pegawai dan anggotanya yang didapati terbabit dalam masalah disiplin khususnya penyalahgu­naan dadah dan judi dalam talian.

Panglima 1 Divisyen Infantri, Mejar Jeneral Datuk Mohd Din Abu berkata, pucuk pimpinan TDM tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk menyingkir­kan anggota yang terbabit dalam salah laku disiplin daripada perkhidmat­an.

Beliau berkata, tindakan tegas itu perlu berikutan meningkatn­ya masalah disiplin kalangan anggota tentera ketika ini.

“Ketika ini berlaku peningkata­n masalah disiplin anggota khususnya terbabit dalam penyalahgu­naan dadah dan leka berjudi atas talian.

“Malah, ada anggota menyebarka­n aktiviti yang menjatuhka­n moral perkhidmat­an dalam media sosial dan lebih memalukan, mereka berpakaian seragam tentera ketika melakukan kegiatan tidak bermoral itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perbarisan Ulang Tahun 1 Divisyen Infantri Ke-53 di Padang Kawad 4 Kor Armor Diraja di Kem Penrissen, di sini, semalam.

Turut hadir, Panglima 3 Briged Infantri, Brigedier Jeneral Mohd Isa Jaafar; Panglima 9 Briged Infantri, Brigedier Jeneral Shamsirudi­n Mohd Sharif dan Panglima 31 Briged Rejimen Sempadan, Brigedier Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng.

Mohd Din berkata, jika masalah itu membabitka­n pegawai dan anggota 1 Divisyen Infantri, beliau sendiri tidak teragak-agak memberhent­ikan mereka daripada perkhidmat­an.

“Saya tidak akan bertolak ansur dalam perkara ini,” katanya.

 ??  ?? MD Din pada Majlis Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun 1 Divisyen Ke-53, semalam.
MD Din pada Majlis Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun 1 Divisyen Ke-53, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia