Harian Metro

ANAK SYRIA CAKAP MELAYU

- Maiamalina Mohamed Amin maiamalina@hmetro.com.my

“Saya makan, tinggal

dan tidur dengan orang Melayu. Jadi saya tidak ada masalah menguasai bahasa ini (bahasa Malaysia).”

Kenyataan ringkas remaja Syria, Mohammad Abdul Hadi, 14, tetapi membawa makna mendalam.

Bagi Mohammad, dia menjadi ‘orang Melayu’ bukan hanya dalam pertuturan­nya, bahkan cara hidup dan budaya di Malaysia.

Selama 42 bulan menetap di negara ini, perpindaha­n itu menjadikan dia cepat menguasai persekitar­an dan budaya baharu.

Ia juga demi kelangsung­an hidup, apatah lagi keputusan meninggalk­an negara asal dibuat ibu bapanya kerana mahu dia dan tiga adik-beradiknya menjalani kehidupan lebih baik.

Jelasnya, mereka inginkan kehidupan yang bebas tekanan, konflik serta peperangan dan dia sudah cukup matang untuk memahaminy­a.

“Cita-cita saya mahu menjadi juruterban­g dan saya tidak fikir mampu menggapai cita-cita itu jika masih berada di Syria.

“Di sana kami tidak dapat bersekolah dengan baik dan ibu bapa saya ambil keputusan berpindah demi masa depan kami adik-beradik,” katanya ketika ditemui.

Kini, Mohammad belajar di Pusat Bimbingan Alternatif atau Sekolah KITA III yang dibangunka­n badan bukan kerajaan (NGO), Cinta Syria Malaysia (CSM) di Bandar Puteri Bangi, Selangor.

Di pusat itu, dia belajar bahasa Malaysia, Inggeris, Arab, Sains, al-Quran, Geografi, Matematik dan Komputer dengan modul pengajian mengikut sistem Cambrige Internatio­nal General Certificat­e of Secondary

Education (IGCSE). Sebelum ini, katanya, dia pernah menuntut di sekolah tahfiz di Kuala Ibai, Terengganu dan Pahang, ketika mula-mula tiba di Malaysia.

“Kami sekeluarga tinggal di pusat tahfiz kerana ayah seorang ustaz. Di situ jugalah saya belajar cakap bahasa Melayu daripada rakan.

“Kemudian kami berpindah ke Kajang dan saya dihantar ke pusat ini untuk belajar, manakala kakak yang berusia 16 tahun bersekolah di sekolah antarabang­sa di Cyberjaya,” katanya sambil memberitah­u semua ahli keluargany­a boleh bercakap bahasa Melayu.

Akuinya, Syria adalah negara kelahirann­ya, namun Malaysia sudah seperti rumah mereka dan dia bersyukur kerana berada di negara ini.

“Memang rindu (Syria), rindu datuk, nenek dan saudara-mara di sana tetapi di sini pun (Malaysia) saya tidak rasa seperti jauh dari Syria. Saya bersyukur ada di sini dan dapat belajar. Saya akan belajar bersungguh-sungguh dan menjadi juruterban­g (bagi mencapai cita-cita),” katanya.

Seperti Mohammad, adik saudaranya, Roua al Hamad, 9, juga fasih berbahasa Malaysia dan mudah menyesuaik­an diri dengan suasana di Malaysia.

Kanak-kanak ceria

Remaja Syria menetap lebih 42 bulan di Malaysia bebas konflik peperangan akui hidup kini lebih gembira

itu sentiasa tersenyum dan ketawa tetapi menyimpan kenangan pahit apabila melihat saudara seusianya meninggal dunia di hadapan mata.

Katanya, ramai saudara-maranya meninggal dunia kerana menjadi mangsa peperangan dan kecelakaan lain.

Sekurang-kurangnya berada di Malaysia membolehka­n dia menjalani zaman kanak-kanak dengan lebih gembira.

“Seronok di sini kerana saya ada kawan dan boleh bermain. Lagipun tak susah cakap Melayu. Kebanyakan ahli keluarga boleh bercakap Melayu kecuali adik bongsu usia tiga tahun.

Dia dilahirkan di sini (Malaysia),” katanya yang juga murid Sekolah KITA III.

Roua menaruh harapan untuk menjadi guru dan mencontohi bapanya yang mengajar agama.

Cita-cita saya mahu menjadi juruterban­g dan saya tidak fikir mampu menggapai cita-cita itu jika masih berada di Syria”

Mohammad Abdul Hadi

 ??  ??
 ??  ?? GURU mengajar sebahagian pelajar Syria mendapat pendidikan menerusi program pendidikan alternatif tajaan
Persatuan Cinta Syria di Bandar Puteri Bangi.
GURU mengajar sebahagian pelajar Syria mendapat pendidikan menerusi program pendidikan alternatif tajaan Persatuan Cinta Syria di Bandar Puteri Bangi.
 ??  ?? PELAJAR pelarian Syria membaca buku ketika menggunaka­n kemudahan perpustaka­an menerusi program pendidikan alternatif tajaan Persatuan Cinta Syria di Bandar Puteri Bangi. PELAJAR Syria yang mendapatka­n pendidikan di Sekolah KITA III.
PELAJAR pelarian Syria membaca buku ketika menggunaka­n kemudahan perpustaka­an menerusi program pendidikan alternatif tajaan Persatuan Cinta Syria di Bandar Puteri Bangi. PELAJAR Syria yang mendapatka­n pendidikan di Sekolah KITA III.
 ??  ??
 ??  ??
 ?? FOTO: AIZUDDIN SAAD ??
FOTO: AIZUDDIN SAAD
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia