Harian Metro

PORT ‘PENYAMUN’ VIETNAM

- lapor Skuad Khas Metro Ahad

Nelayan Vietnam bukan saja menjarah hasil laut kita malah turut menguasai tempat pendaratan ikan di pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), apabila bot laut dalam mereka dikesan lebih banyak

berbanding kapal milik warga tempatan terutama di jeti Tok Bali, Kelantan dan Chendering, Terengganu,

 Nelayan rugi 50 peratus jeti LKIM dikuasai bot asing

Pasir Puteh

Jeti pendaratan ikan di Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Tok Bali di sini, dikuasai bot Vietnam dan Thailand menyebabka­n pemilik bot tempatan mengalami kerugian lebih 50 peratus sejak tiga tahun kebelakang­an ini.

Difahamkan, daripada lebih 50 bot laut dalam, hanya 15 bot milik pengusaha tempatan dan sebahagian besar nelayan tempatan hanya memiliki bot pukat tunda.

Tinjauan Harian Metro di Pelabuhan LKIM Tok Bali dan sekitar kawasan itu mendapati, lokasi terbabit menjadi tumpuan nelayan Vietnam, Thailand dan Myanmar.

Pengusaha Bot Laut Dalam jenis C0, Mat Hussin Salleh, 50, berkata, sejak dua tahun kebelakang­an ini, hasil tangkapan merosot lebih 50 peratus berikutan kekurangan ikan dan habitat

laut disebabkan penceroboh­an nelayan asing terutama Vietnam.

Katanya, nelayan Vietnam juga mengganggu unjang ikan nelayan tempatan selain mencuri hasil di kawasan itu.

“Unjang yang dibuat nelayan kita dirosakkan oleh nelayan warga asing ketika kita berada di daratan. Apabila mahu menangkap ikan di kawasan itu, kita dapati unjang rosak.

“Perkara ini kerap berlaku kerana nelayan asing ini tidak takut kepada kita. Mereka juga menggunaka­n pukat tunda ganding untuk menangkap ikan yang boleh merosakkan habitat laut yang lain.

“Ini menyebabka­n hasil tangkapan kami merosot lebih 50 peratus sedangkan pada masa sama, kami perlu membayar gaji pekerja termasuk tekong dan awak-awak,” katanya ditemui di Pelabuhan LKIM Tok Bali, semalam.

Mat Hussin yang berpengala­man mengusahak­an bot laut dalam selama 20 tahun berkata, sebelum ini, dia memiliki empat bot, namun kini hanya memiliki sebuah saja akibat kekurangan hasil tangkapan.

Pemilik Bot Pukat Tunda, Azrul Ariffin, 28, berkata, sebagai pengusaha bot sederhana, dia terkesan dengan hasil tangkapan yang sangat sedikit.

Katanya, jika sebelum ini dia mampu memperoleh hasil tangkapan yang banyak mencecah RM30,000 dalam tempoh seminggu turun ke laut, namun dalam masa tiga tahun ini, dia hanya memperoleh kurang RM15,000 bagi tempoh sama.

“Kekurangan ini kerana hasil tangkapan tidak banyak disebabkan penceroboh­an nelayan asing.

“Namun, ini saja kerja yang saya mampu lakukan, malah saya turut menggaji enam nelayan tempatan,” katanya.

Menurutnya, sejak awal tahun ini, dia melihat penguatkua­saan oleh pihak berkuasa lebih ketat di mana banyak bot nelayan asing ditahan.

Bagaimanap­un, katanya, Pelabuhan LKIM Tok Bali masih dikuasai nelayan asing.

“Saya menyokong usaha pihak berkuasa yang membuat operasi besar-besaran untuk menangani penguasaan nelayan asing di sekitar Tok Bali dan seluruh negara,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? JETI pendaratan ikan di Kompleks LKIM Tok Bali dikuasai bot asing dari Vietnam dan Thailand menyebabka­n pemilik bot tempatan mengalami kerugian lebih 50 peratus sejak tiga tahun lalu.
JETI pendaratan ikan di Kompleks LKIM Tok Bali dikuasai bot asing dari Vietnam dan Thailand menyebabka­n pemilik bot tempatan mengalami kerugian lebih 50 peratus sejak tiga tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia