Harian Metro

Avengers kena ‘rasuk’

- Suraya Roslan surayarosl­an@hmetro.com.my

 Pemuda meracau kerana pengaruh ubat pelali selepas jalani pembedahan akibat jangkitan kuman

“Ironman mana, kenapa dia tak selamatkan Along, kenapa dia tinggalkan Along?” itu kata-kata mencuit hati seorang lelaki yang berada dalam keadaan (khayal) kesan ubat bius selepas selamat menjalani pembedahan.

Gelagat Fikri Syafiq Rohaimi, 27, nyata menghiburk­an netizen apabila beberapa video yang dimuat naik di Twitter dikongsi lebih 6,000 pengguna menyebut setiap watak adiwira

malah lebih lucu memanggil seorang doktor wanita

Dalam video itu, Fikri berulang kali bertanya

antara watak adiwira Avengers lakonan Scarlett Johansson sama ada bumi sudah selamat atau belum sebelum meyakinkan bumi selamat daripada diserang makhluk asing.

Fikri ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia adalah peminat tegar filem adiwira itu sehingga terbawa-bawa dalam khayalanny­a.

“Saya baru selamat menjalani pembedahan akibat jangkitan kuman di sebuah

hospital di Shah Alam, Jumaat lalu.

“Ketika itu saya berada bawah pengaruh ubat ketamin dan propofol selepas disuntik pelalian sedar, tidak sangka kesan ubat itu membuatkan saya khayal setiap watak dalam filem adiwira itu,” katanya yang bekerja di sebuah hospital di Miri, Sarawak.

Menurutnya, ibu bapanya merakam video berikutan bimbang dia meracau akibat terkena perbuatan orang dan mahu menunjukka­n kepada seorang ustaz.

“Bagaimanap­un, sebaik doktor memaklumka­n ia kesan sampingan bagi seorang yang diberikan suntikan pelalian sehingga habis kesan bius, ibu bapa saya menarik nafas lega.

“Saya tidak tahu kenapa saya boleh terfikir watak Avengers, mungkin sebab saya sangat meminati filem itu yang sudah ditonton tiga kali,” katanya.

Katanya, sebaik menonton semula video itu, dia seperti tidak percaya kerana mampu menyebut semua watak adiwira kegemarann­ya.

“Ketika menonton filem itu, saya menangis apabila melihat dan

mati sehingga terbawa-bawa dalam khayalan.

“Kepada semua yang melihat video itu, terima kasih kerana mendoakan kesihatan saya dan terhibur dengan ‘drama’ berkenaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? FIKRI Syafiq meracau selepas menjalani pembedahan.
FIKRI Syafiq meracau selepas menjalani pembedahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia