Harian Metro

Tiada lagi penjaja

- Amir Abd Hamid amir_hamid @mediaprima.com.my

 Kawasan pejalan kaki hadapan Masjid India khas untuk jemaah

Kawasan pejalan kaki yang sebelum ini menempatka­n gerai peniaga Bazar Melayu berhadapan bangunan Wisma Yakin dan Masjid India di sini akan dibina dengan garisan arah kiblat.

Menteri Wilayah Persekutua­n Khalid Abd Samad berkata, ini untuk memudahkan jemaah bersolat khususnya solat Jumaat apabila jumlah jemaah melebihi kapasiti Masjid India.

Beliau berkata, justeru tidak ada lagi urus niaga termasuk gerai penjaja dibenarkan bertapak di hadapan laluan masjid berkenaan.

“Keputusan disokong peniaga di bangunan Wisma Yakin yang sebelum ini terhalang akibat kewujudan gerai itu sedangkan itulah tempat asalnya peniaga Melayu mula berniaga.

“Pihak masjid turut meminta supaya kawasan pejalan kaki berkenaan tidak lagi dibenarkan berniaga untuk kemudahan beribadah.

“Buat masa ini peniaga terjejas akibat kebakaran di kawasan pejalan kaki itu ditempatka­n di tapak sementara sekitar sebelum dipindahka­n di tapak kekal baharu di Lanai Seni, Jalan Tuanku Abdul Rahman yang dijangka siap dalam masa setahun atau 18 bulan,” katanya.

Beliau mengulas perkembang­an terkini mengenai nasib penjaja di Bazar Melayu, Jalan Masjid India selepas kejadian kebakaran memusnahka­n 30 daripada 143 gerai peniaga di situ, 21 Mei lalu.

Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas melancarka­n perasmian Majlis Penyerahan Bantuan kepada Pusat Tahfiz, Sekolah Agama Swasta dan Sekolah Persendiri­an Cina di sini, semalam.

Dalam majlis berkenaan, bantuan RM1.5 juta diserahkan kepada sekolah tahfiz, agama swasta dan persendiri­an Cina yang diperuntuk­kan Yayasan Wilayah Persekutua­n.

“Peruntukan ini merangkumi RM1 juta untuk sekolah tahfiz dan agama swasta, manakala RM500,000 lagi kepada sekolah persendiri­an Cina.

“Seramai 22,000 pelajar di semua pusat pendidikan ini di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan mendapat manfaat menerusi bantuan disalurkan.

“Diharapkan pihak sekolah menggunaka­n bantuan dengan sebaik mungkin bagi memastikan pelajar terus bersemanga­t belajar sekali gus meningkatk­an prestasi mereka,” katanya dalam ucapan perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia