Harian Metro

RM300,000 ‘MELETUP’

 Perompak letup mesin ATM, CDM dipercayai cedera akibat terkena serpihan kaca

- Rosman Shamsudin am@hmetro.com.my

Sejumlah RM300,000 dilarikan perompak dengan meletupkan mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) serta mesin deposit tunai (CDM) sebuah bank di Jalan Haji Mustaffa Raja Kamala di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superinten­dan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pintu kaca hadapan bank berkenaan turut pecah

kesan letupan dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu.

Katanya, terdapat kesan tompokan darah dipercayai milik perompak yang cedera terkena serpihan kaca cermin terbabit.

“Pihak bank memaklumka­n baru sahaja memasukkan RM300,000 ke dalam semua ATM terbabit semalam (kelmarin) dan siasatan di lokasi kejadian mendapati semua wang dari tiga ATM yang diletupkan itu hilang.

“Polis turut menemui cecair bahan kimia di kawasan parkir dipercayai bahan yang digunakan untuk meletupkan mesin ATM itu,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Katanya, sampel darah dan cecair kimia yang ditemui dihantar ke Jabatan Kimia untuk pemeriksaa­n lanjut oleh unit forensik.

Sementara itu, penduduk berhampira­n turut dikejutkan dengan letupan kuat di bangunan rumah kedai yang menempatka­n bank berkenaan.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia terjaga daripada tidur sebaik letupan dan bergegas keluar rumah untuk meninjau apa yang sedang berlaku. “Sebaik keluar untuk melihat apa yang meletup, saya terkejut melihat pintu kaca bank berkenaan pecah dan ternampak beberapa individu berada di hadapan bangunan itu,” katanya.

Menurutnya, dia kemudianny­a melihat beberapa individu itu dalam keadaan kelam-kabut dipercayai cuba mengambil wang dari ATM sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta berwarna merah.

Katanya, dia yang berada di lokasi itu tidak berani untuk ke kawasan bank berkenaan kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini sebelum menghampir­i kawasan itu sebaik melihat anggota polis tiba.

“Saya tidak sangka kejadian ini berlaku di bank berdekatan tempat tinggal saya dan masih terkejut dengan bunyi letupan yang begitu kuat itu,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN mesin ATM, CDM yang diletup perompak, awal pagi semalam.
POLIS menjalanka­n siasatan di lokasi kejadian.
KEADAAN mesin ATM, CDM yang diletup perompak, awal pagi semalam. POLIS menjalanka­n siasatan di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia