Harian Metro

PENULAR DIAMBIL KETERANGAN

- Khairul Najib Asarulah Khan khairul.najib@nstp.com.my

“Saya bincang dengan ahli keluarga. Buat masa sekarang kami mahu berdiam dulu, minta media hormati keputusan ini.”

Begitu kata Zafri Amir Mohd Rozhan, 19, berhubung kematian abang iparnya, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara-Selatan dekat persimpang­an Southville City arah selatan, kelmarin.

Zafri Amir dan abangnya, Azraei Arief, 22, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang jam 10.30 pagi semalam untuk memberi keterangan berhubung kejadian.

Katanya, selepas memberi keterangan kepada polis dan berbincang dengan ahli keluarga, mereka sepakat

untuk tidak memberi kenyataan media dalam masa terdekat.

“Biarlah pihak berkuasa menjalanka­n siasatan lanjut,” katanya ringkas.

Difahamkan, Zafri Amir adalah ahli keluarga terawal tiba di lokasi kejadian lalu membawa Allahyarha­m ke klinik kesihatan sebelum ke Pusat Perubatan Nilai.

Namun, Syed Muhammad Danial disahkan meninggal dunia.

Sebelum itu, bapa Zafri Amir, Mohd Rozhan Ramlee, 57, enggan menemui wartawan yang berkunjung ke rumahnya di Bukit Mahkota di sini, kerana masih bersedih dengan tragedi menimpa menantunya.

Katanya, dia bersama ahli keluarga menerima banyak panggilan dan mesej daripada pelbagai individu mengakui melihat kejadian terbabit.

“Namun, mereka banyak memberi alasan termasuk ingin jumpa saya terlebih dulu selepas saya meminta mereka untuk membuat laporan polis,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia