Harian Metro

10 BUDAK BAIK

 Sepuluh penghuni asrama akhlak hasilkan alat sokongan OKU berharga munasabah

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

Sepuluh remaja ini pernah terbabit dengan pelbagai kesalahan jenayah tetapi kini berubah apabila mereka membantu masyarakat dengan menghasilk­an alat bantuan dan sokongan Orang Kurang Upaya (OKU). Penghuni Asrama Akhlak Lelaki Kempas, Johor ini diajar kemahiran membuat perabot antaranya kerusi

sisi OKU dan menganggap­nya sebagai sumbangan kecil yang menginsafk­an,

lapor Izlaily Nurul Ain Hussein

Dahulunya mereka pernah terpesong arah hidup hingga terjebak dalam kes juvana membabitka­n kegiatan curi motosikal dan pecah kenderaan.

Namun siapa menyangka remaja liar ini akhirnya berjaya membantu masyarakat dengan membuat alat bantuan dan sokongan bagi keperluan golongan orang kurang upaya (OKU).

Ternyata didikan diberikan kepada penuntut Asrama

Akhlak Lelaki Kempas, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjaya melahirkan golongan kreatif yang akhirnya menyumbang untuk masyarakat.

Ini dibuktikan apabila 10 penuntut asrama itu kini mempunyai kemahiran khusus bagi menghasilk­an alat sokongan OKU antaranya kerusi sisi khas bagi OKU yang memerlukan sokongan untuk duduk.

Selain itu, mereka mampu menghasilk­an bangku khas bagi OKU yang menghadapi masalah tulang belakang serta alat stimulasi keseimbang­an badan bagi OKU yang sedang berlatih berdiri dan berjalan.

Kejayaan itu adalah hasil Kerjasama Unit Pemulihan Carakerja Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan Asrama Akhlak (Lelaki) Kempas dalam menyediaka­n alat sokongan OKU dihasilkan penuntut terlatih itu.

Ketua Unit Pemulihan Carakerja HSA, S Peremalath­a berkata, projek usahasama dengan Asrama Akhlak (Lelaki) Kempas dianggap unik dan julung kali diadakan.

“Ada dua sebab saya terpanggil untuk melaksanak­an projek ini. Pertama kerana golongan OKU terutama kanak-kanak ini sukar mendapatka­n alat sokongan yang sesuai termasuk dari segi kos yang agak tinggi.

“Keduanya, saya memikirkan kebaikan latihan pertukanga­n kayu diajar di asrama berkenaan yang boleh dijadikan projek komuniti,” katanya.

Menurutnya, sumbangan

itu sedikit sebanyak mampu menginsafi mereka dan memberi motivasi apabila melihat golongan OKU dibandingk­an dengan mereka yang normal.

“Ini sekali gus mampu mengubah kehidupan mereka supaya tidak mengulangi kesalahan sama,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Profesion Pemulihan Carakerja Negeri Johor berkata, alat sokongan OKU yang berada di pasaran kini mencecah ribuan ringgit dan tidak mampu dimiliki OKU.

“Golongan OKU yang mahu mendapatka­n produk yang sesuai, murah dan direka khas boleh mendapatka­n alat bantuan ini daripada penghuni di sini. Bagaimanap­un, ia perlu dirujuk melalui pihak juruterapi sebelum membuat tempahan,” katanya. Johor Bahru: Kanak-kanak atau remaja yang melakukan kesalahan jenayah seawal usia 10 tahun masih boleh dibentuk dan dibimbing untuk menjadi insan yang lebih baik.

Mereka tidak dianggap jahat namun kenakalan itu mungkin dilakukann­ya atas sifat ingin mencuba.

Namun perhatian penuh dan kasih sayang diberikan penjaga dan kakitangan Asrama Akhlak Lelaki Kempas di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini, berjaya mengubah jiwa liar anak-anak muda ini.

Pelbagai program dan inisiatif diambil bagi menyelamat­kan kanak-kanak ini daripada terus hanyut termasuk memberikan latihan vokasional.

Menurut Pengetua Asrama Akhlak (Lelaki) Kempas, Mohd Baharudin Admin,

 ??  ??
 ??  ?? AZHAR mengajar penghuni mengukir pada kayu di bengkel Rumah Akhlak Kempas Johor Bahru.
AZHAR mengajar penghuni mengukir pada kayu di bengkel Rumah Akhlak Kempas Johor Bahru.
 ??  ??
 ??  ?? MOHD Baharudin (dua dari kanan) melihat Azhar membuat kerusi dan meja untuk kanak kanak istimewa.
MOHD Baharudin (dua dari kanan) melihat Azhar membuat kerusi dan meja untuk kanak kanak istimewa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia