Harian Metro

BALIK KL SESAK LAGI

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

 Aliran trafik dari semua arah menghala ke ibu kota perlahan

Aliran trafik menghala ke ibu negara sudah mula meningkat berikutan sebahagian warga kota pulang selepas cuti Aidiladha berakhir, semalam.

Berdasarka­n Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), aliran trafik di lebuh raya utama seluruh negara bergerak perlahan sejak jam 11 pagi semalam, berikutan pertambaha­n kenderaan menuju ke ibu negara.

Jurucakap LLM ketika dihubungi

berkata, pemantauan pihaknya mendapati aliran trafik dari semua arah menghala ke Kuala Lumpur bergerak perlahan, tetapi lancar dan terkawal.

“Setakat ini, semua arah lancar hanya berlaku sedikit kemalangan ringan di beberapa kawasan, namun tidak menjejaska­n lalu lintas.

“Pihak kami menjangkak­an aliran trafik semakin tinggi pada lewat petang hingga tengah malam ini (tadi),” katanya.

Menurutnya, pemantauan mereka mendapati aliran trafik di kedua-dua arah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bergerak perlahan. “Kenderaan sudah mula banyak dari arah Yong Peng -Pagoh menuju ke hentian TangkakJas­in, Simpang Ampat ke hentian sebelah Pedas-Linggi hingga Port Dickson-Seremban. “Begitu juga lebuh raya KL-Karak menghala ke ibu kota keadaan mula sesak sebelum Plaza Tol Bentong menuju ke Bukit Tinggi dan hentian sebelah Gombak ke Plaza Tol Gombak.

“Selain itu, kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Rawang ke Simpang Rawang juga kelihatan perlahan berikutan pertambaha­n kenderaan,” katanya.

Katanya, aliran trafik juga dilihat perlahan dari arah Bukit Gantang ke kawasan mendaki, Terowong Menora hingga Sungkai.

Maklumat terkini trafik boleh didapati menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www. twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotra­fik.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN lalulintas di Plaza Tol Bentong menghala ke Kuala Lumpur pada jam 6.28 petang semalam bergerak perlahan di Lebuhraya Pantai Timur.
KEADAAN lalulintas di Plaza Tol Bentong menghala ke Kuala Lumpur pada jam 6.28 petang semalam bergerak perlahan di Lebuhraya Pantai Timur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia