Harian Metro

Penyeludup­an rancak dalam hujan lebat

-

Johor Bahru: “Cuaca buruk adalah masa terbaik bagi kami beroperasi (menyeludup manusia). Ketika hujan lebat, kami boleh bergerak dan berulang-alik sebanyak enam trip (perjalanan).

“Biasanya polis dan anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) tidak akan mengadakan sekatan jalan raya dan kami cuma perlu perhatikan pergerakan anggota Jabatan Imigresen,” kata pemandu tekong darat yang hanya mahu dikenali sebagai Hendrawan, 40-an.

Menurutnya, dia boleh memperoleh pendapatan antara RM1,800 hingga RM2,400 sehari bergantung pada jumlah perjalanan dan warga asing yang menggunaka­n khidmatnya.

Mendedahka­n kegiatan itu, semua urusan pembayaran dilakukan majikan dan dia hanya ditugaskan membawa pakej (pendatang haram) dari Pasir Gudang atau Masai, sebelum dihantar ke sekitar Penggerang atau Jeti Belungkor, Kota Tinggi.

“Semua pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ingin pulang menggunaka­n cara haram akan ditempatka­n di kawasan asrama pekerja asing di sekitar Kampung Pasir Putih dan flat sekitar Pasir Gudang bagi mengelak kehadiran mereka dicurigai penduduk tempatan.

“Biasanya mereka perlu cepat masuk ke dalam kereta. Kami tidak perlu menunggu lama sebelum bergerak meninggalk­an lokasi.

“Mereka mengambil masa kurang lima minit untuk masuk ke kereta sedangkan jumlah Pati yang dibawa seramai enam orang bagi sebuah kereta kecil seperti Perodua Kancil dan lapan orang bagi kereta biasa.

“Jumlah itu tidak termasuk pemandu atau tekong darat yang biasanya dalam kalangan warga Indonesia namun mendapat Taraf Penduduk (PR) Malaysia,” katanya.

 ??  ?? PATI yang ditahan akan dibawa ke depoh tahanan.
PATI yang ditahan akan dibawa ke depoh tahanan.
 ??  ?? HENDRAWAN mendedahka­n taktik penyeludup kepada wartawan.
HENDRAWAN mendedahka­n taktik penyeludup kepada wartawan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia