Harian Metro

Sindiket guna kod untuk beri amaran

-

Johor Bahru: Jambul, kuda putih, kutip dan buang antara ‘kod’ rahsia digunakan tekong darat bagi memberi amaran perjalanan mereka selamat atau perlu berpatah semula ke lokasi asal.

Seorang tekong darat yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 40-an, berkata, jambul membawa maksud sekatan jalan raya manakala kuda putih membawa makna polis bermotosik­al atau kereta peronda.

Menurutnya, perkataan buang pula membawa makna pendatang asing diturunkan dan ‘kutip’ pula adalah lokasi mengambil pendatang asing tanpa izin (Pati).

Menurutnya, semua kod itu penting bagi mengelak diberkas pihak berkuasa terutama ketika sekatan jalan raya.

“Sebelum kereta dinaiki Pati bergerak menuju kawasan dijanjikan, kami akan menghantar kereta peninjau dan jaraknya hanya kira-kira 20 minit antara kereta pertama.

“Melalui taktik ini, kami tidak terlalu jauh atau dekat dengan kereta peninjau. Sekiranya ada sekatan jalan raya, peninjau akan memberikan amaran dan kami sempat menukar laluan,” katanya.

Menurutnya, selain kepentinga­n kod dan ‘askar’ peninjau, semua pemandu perlu mempunyai kereta sesuai bagi membawa Pati.

Katanya, antara ubah suai dilakukan pemandu tekong darat pada kenderaan termasukla­h menggunaka­n penyerap hentak tinggi, menukar enjin lebih berkuasa dan membuang semua aksesori dalaman kereta seperti tempat meletak tangan serta air.

“Penyerap hentak ini mengelak kereta menjadi mendap sekiranya diisi ramai Pati. Dengan cara ini, badan kereta tidak akan mengenai tayar kenderaan.

“Ia bertujuan mengelak kerosakan malah mengaburi pandangan orang ramai dan pihak berkuasa,” katanya.

Melalui taktik ini, kami tidak terlalu jauh atau dekat dengan kereta peninjau. Sekiranya ada sekatan jalan raya, peninjau akan memberikan amaran dan kami tukar laluan”

Ahmad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia