Harian Metro

Lelaki hina agama Islam di media sosial ditahan

-

Polis menahan seorang lelaki yang memuat naik kenyataan menghina agama Islam berkaitan sambutan Aidiladha.

Lelaki berusia 34 yang bekerja sebagai pemotong rumput itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang pada 10.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superinten­dan Mohd Yusuf Shaari berkata, anggota dari IPD Kulim melakukan tangkapan terhadap lelaki terbabit ketika suspek datang membuat laporan polis di IPD SPS berhubung kehilangan telefon bimbit miliknya.

“Tangkapan dilakukan susulan satu laporan polis yang dilakukan oleh seorang individu yang tidak berpuas hati ke atas pemilik akaun Facebook menggunaka­n nama Suresh Ayaru yang menghina agama Islam.

“Suspek datang ke IPD SPS untuk membuat laporan polis kehilangan telefon bimbit, tetapi dia ditahan selepas dikenal pasti individu yang dikaitkan dengan kenyataan menghina agama,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, suspek direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan Seksyen 233 Akta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia