Harian Metro

Pasukan SAR terima sumbangan makanan

-

Seremban: Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke melakukan lawatan dan bertemu pasukan mencari dan menyelamat (SAR) remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang di Pantai di sini, semalam.

Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban tiba di lokasi kira-kira jam 12 tengah hari turut memberikan sumbangan makanan kepada anggota keselamata­n yang bertugas.

Beliau berkata, lawatannya itu bertujuan memberikan sokongan moral kepada anggota SAR yang berterusan melakukan pencarian meskipun sudah memasuki hari kesembilan.

“Kita melihat komitmen mereka (anggota SAR) begitu besar untuk meneruskan pencarian ini. Malah pada Aidiladha semalam, operasi tidak berhenti dan terus diperkuatk­an pada hari ini dengan menambah keanggotaa­n.

“Walaupun fokus pencarian di kawasan sekitar resort yang menjadi lokasi mangsa dilaporkan hilang, namun kita yakin pasukan SAR akan dapat meneruskan pencarian,” katanya, semalam.

Bagaimanap­un, Loke berkata, pada sesi lawatan itu beliau tidak bertemu ahli keluarga mangsa kerana memahami emosi mereka ketika ini.

“Saya faham mereka berada dalam keadaan bersedih dan kita tidak mahu memberikan tekanan. Saya dinasihatk­an pasukan keselamata­n supaya tidak bertemu dengan mereka dan menghormat­i permintaan itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia