Harian Metro

Lokasi pencarian mencabar

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

 Petugas media turut serta operasi menjejak di sekitar Gunung Berembun

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, diteruskan di kawasan Gunung Berembun yang terletak berdekatan resort, lokasi mangsa dilaporkan hilang pada 4 Ogos lalu.

Pencarian di kawasan itu yang bermula pada jam 8.30 pagi semalam turut disertai 11 petugas media tempatan dan antarabang­sa.

Jurugambar NSTP, Iqmal Haqim Rosman yang menyertai operasi berkenaan berkata, usaha mencari

mangsa tidaklah semudah yang disangka.

Menurutnya, mereka dibawa pasukan SAR melalui trek mendaki Gunung Berembun itu selain melalui hutan tebal, laluan sempit dan menyeberan­gi sungai.

“Selepas berkumpul di kaki gunung, kami berjalan sejauh satu kilometer (km) sebelum pasukan SAR dipecahkan kepada dua kumpulan untuk meluaskan lagi kawasan pencarian.

“Walaupun laluan trek diikuti tidak begitu curam, namun keadaan permukaan yang licin selain berlumpur dan berlumut akibat cuaca hujan berisiko kepada peserta operasi.

“Selain meredah hutan, kami juga perlu menyeberan­gi sungai menggunaka­n laluan batu. Kami perlu lebih berhati-hati bagi memastikan segala kelengkapa­n dan peralatan tidak rosak,” katanya.

Katanya, petugas media hanya dibenarkan menyertai operasi sehingga 2km manakala anggota SAR meneruskan perjalanan sehingga ke puncak gunung sejauh 10km.

Katanya, semua petugas media berpatah balik ke kawasan media berkumpul di hadapan pagar masuk resort dan tiba pada jam 11 pagi.

Difahamkan, perjalanan naik turun gunung itu menggunaka­n laluan sedia ada dianggarka­n mengambil masa 16 jam.

Nora Anne yang mengalami masalah lembam sebelum ini dilaporkan hilang ketika menginap di sebuah resort di Pantai di sini, sebelum operasi SAR dilancarka­n di kawasan itu.

 ??  ?? ANGGOTA keselamata­n menjalanka­n misi pencarian di kawasan Gunung Berembun.
ANGGOTA keselamata­n menjalanka­n misi pencarian di kawasan Gunung Berembun.
 ??  ?? PETUGAS media dibawa anggota keselamata­n dalam operasi mencari remaja warga Ireland di Gunung Berembun.
PETUGAS media dibawa anggota keselamata­n dalam operasi mencari remaja warga Ireland di Gunung Berembun.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia