Harian Metro

Keluarga tawar RM50,000

-

Seremban: Keluarga Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang di sebuah resort di Pantai di sini, menawarkan ganjaran RM50,000 kepada individu yang berjaya menemukan semula remaja itu.

Ibu mangsa, Maebh Jaseprine Quoirin berkata, tawaran itu sebagai usaha pihaknya dalam membantu polis mengesan Nora Anne yang hilang sejak 4 Ogos lalu.

“Nora adalah anak sulung kami. Kami terlalu sayangkan dia dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Nora untuk tampil membantu mencari dia.

“Polis sudah berusaha gigih untuk mengesan Nora. Bagi membantu siasatan mereka, kami membuat keputusan menawarkan ganjaran RM50,000 yang disumbangk­an oleh sebuah syarikat berpangkal­an di Belfast (Ireland) yang enggan dedahkan namanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Balai Polis Pantai yang hanya boleh dihadiri agensi media tertentu sahaja.

Ia kali pertama ahli keluarga mengadakan sidang media sejak kehilangan Nora.

Maebh merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan Nora Anne supaya menghubung­i hotline khas operasi SAR di talian 0111-2285058 atau menerusi emel ops@Ibtrust.org bagi mereka di luar Malaysia.

 ??  ?? MAEBH (tengah) bercakap pada sidang media, semalam.
MAEBH (tengah) bercakap pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia