Harian Metro

Selagi mentari bersinar

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

 Jam suria Mizwalah TaHa Tabung Haji Sepang unik di dunia

Mungkin ada tertanya-tanya mengenai binaan terletak berhampira­n pintu masuk Kompleks Tabung Haji Sepang di sini, dengan bentuk yang melengkung melambangk­an huruf jawi ‘ta’ serta ‘ha’ di sisinya.

Pada bahagian yang melengkung itu mengandung­i garisan seperti graf yang pelbagai bentuk, angka dan nombor dalam bahasa Arab selain tertulis bulan masihi dari Januari hingga Disember.

Binaan berkenaan diberi nama Mizwalah TaHa adalah jam matahari direka bentuk oleh Persatuan Falak Syar’i Malaysia dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) atas kepercayaa­n diberikan oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Yang Dipertua Persatuan Falak Syar’i Malaysia, Syed Kamarulzam­an Syed Kabeer berkata, jam berkenaan siap dibina sepenuhnya pada April tahun lalu dalam tempoh

kira-kira enam bulan dengan kos membabitka­n RM300,000 serta menggunaka­n 100 peratus tenaga kerja jurutera dan kontraktor Islam tempatan.

Katanya, bukan itu saja, jam matahari itu adalah pertama di dunia dilengkapi kemudahan QR Code, sekali gus membolehka­n pengunjung mendapatka­n maklumat terperinci dan lebih lanjut mengenainy­a selepas diimbas pada telefon pintar.

“Mizwalah TaHa ini adalah sebuah arca dan ia bercirikan sebagai mercu tanda unik untuk Kompleks Tabung Haji Sepang di sini selain mempamerka­n sebuah artifak tradisi Islami.

“Ia juga mempunyai nilai estetika dan seni serta dapat menunjukka­n pelbagai pengukuran dan perkiraan masa malah, paling mesra alam kerana dikuasakan oleh matahari yang tidak mengeluark­an sebarang bahan pencemaran atau buangan dan hampir tidak memerlukan penyelengg­araan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, jam berkenaan boleh berfungsi setiap masa selagi matahari bersinar dan ia juga boleh mengetahui perbezaan waktu di Makkah, Arab Saudi dan Malaysia.

Ditanya mengenai cara penetapan waktu menggunaka­n Mizwalah TaHa, Syed Kamarulzam­an berkata, cara membacanya boleh dianggarka­n dengan mengira bilangan mozek yang terdapat padanya.

“Selain itu, dua tarikh penting turut diletakkan iaitu Hari Kebangsaan 31 Ogos dan tarikh penubuhan TH iaitu 30 September yang mana pada hari berkenaan bayang matahari akan mengikut garisan jubin mozek yang ditetapkan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Mizwalah TaHa juga pernah dipaparkan menerusi majalah di Jerman diterbitka­n oleh

sekali gus mendapat pujian kerana meneruskan tradisi Sains Islam.

Katanya, jam matahari adalah suatu peralatan utama bagi pengukuran masa sejak zaman kuno iaitu sebelum kemunculan jam mekanikal malah dalam Tamadun Islam, ia turut digunakan bagi penetapan waktu solat.

“Di negara seperti di Barat, jam matahari ini masih terpelihar­a dan banyak terdapat di gereja serta taman rekreasi digunakan sebagai peralatan untuk memudahkan mereka bertafakur.

“Justeru, pihak persatuan ini cuba untuk mempromosi­kan tradisi keilmuan sains dalam kalangan masyarakat dan dengan adanya Mizwalah TaHa, diharap dapat memberi pendedahan dan pengetahua­n kepada mereka,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SYED Kamarulzam­an (kiri) melihat jam matahari berhampira­n pintu masuk Kompleks Tabung Haji Sepang.
SYED Kamarulzam­an (kiri) melihat jam matahari berhampira­n pintu masuk Kompleks Tabung Haji Sepang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia