Harian Metro

Remaja dinoda di rumah kekasih

-

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun diperkosa kekasihnya di rumah keluarga lelaki itu di Felda Palong di sini, Rabu lalu.

Difahamkan, remaja terbabit berkenalan dengan lelaki berusia 21 tahun itu di Instagram dan menjadi pasangan kekasih serta saling berkongsi gambar bogel.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superinten­dan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, mangsa yang juga pelajar tingkatan tiga didatangi lelaki itu ketika berada di hadapan sekolah di daerah ini.

“Suspek menyuruh mangsa menaiki kereta Perodua Alza dipandunya tetapi mangsa menolak pelawaan itu.

“Bagaimanap­un, suspek mengugut mahu menyebarka­n gambar bogel mangsa sekiranya enggan menurutiny­a dan disebabkan takut, mangsa mengikut suspek sebelum dibawa ke sebuah rumah di Felda Palong,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia