Harian Metro

Sejam cari dua sahabat sesat

-

Sepasukan anggota bomba mengambil masa lebih sejam untuk menjejak dua sahabat yang sesat di Gunung Pulai di sini, kelmarin.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Mohd Khairi

Zainudin berkata, sembilan anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.20 malam.

Katanya, pada jam 8.51 malam anggota memulakan operasi mengesan dua sahabat berkenaan dikenali sebagai, S Subash dan P Vigneswara­n, masing-masing berusia 28 tahun.

“Hasil maklumat awal yang diperoleh kedua-dua mangsa tersesat dalam hutan dan gagal untuk mencari jalan keluar.

“Pada jam 10.10 malam kami berjaya menemui mangsa di satu lokasi terletak 200 meter dari kawasan air terjun,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba berjaya menjumpai dua sahabat yang sesat ketika mendaki di Gunung Pulai.
ANGGOTA bomba berjaya menjumpai dua sahabat yang sesat ketika mendaki di Gunung Pulai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia