Harian Metro

Cuaca sukarkan pencarian dua warga Singapura hilang

-

Faktor cuaca seperti tiupan angin kencang menyebabka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua warga Singapura dilaporkan hilang ketika berkayak di perairan Endau-Mersing di sini, Khamis lalu berdepan kesukaran.

Operasi SAR diketuai Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) memasuki hari keempat itu masih belum menemui sebarang petunjuk baharu yang boleh mendorong kepada penemuan dua pelancong berkenaan.

Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, pihaknya berharap kayak digunakan mangsa tidak tenggelam, namun jika sebaliknya SAR pasti menjadi lebih sukar.

“Sekarang ini, monsun barat daya, jadi angin bertiup dari arah barat daya naik dari selatan Semenanjun­g Malaysia. Jadi cuaca tidak menentu, jarak penglihata­n juga terhad,” katanya pada sidang media Op SAR hari keempat di Jeti Penumpang Penyabong, Endau, semalam.

 ??  ?? HARIS Fadzillah (kiri) menunjukka­n aset yang digerakkan dalam operasi SAR dua warga Singapura.
HARIS Fadzillah (kiri) menunjukka­n aset yang digerakkan dalam operasi SAR dua warga Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia