Harian Metro

Layan macam anak sendiri

-

“Pelbagai cabaran untuk mendidik mereka. Tetapi mereka dilayan macam anak sendiri. Paling utama saya perlu tegas,” kata tenaga pengajar, Azhar Abd Kadir yang dipertangg­ungjawabka­n mengajar latihan pertukanga­n kayu kepada penghuni asrama itu.

Dia yang bertugas sejak 12 tahun lalu mengakui berdepan pelbagai cabaran sepanjang memberi tunjuk ajar kepada penghuni di asrama itu.

“Bagaimanap­un memandangk­an tempoh penghuni di asrama itu berbeza-beza, saya tidak dapat mengajar sepenuhnya ilmu berkenaan. Namun asas pertukanga­n itu dapat dikuasai penghuni,” katanya yang turut mendidik penghuni membuat barangan berasaskan kayu yang lain terutamany­a perabot dan kraf tangan.

Menurutnya, kerjasama terjalin antara asrama itu dengan Unit Pemulihan Carakerja Hospital Sultanah Aminah (HSA) satu rahmat dalam mengubah persepsi penuntut di asrama itu.

“Banyak peralatan sokongan untuk terapi kanak-kanak ini tidak mampu dibeli kerana mahal. Jadi di bawah agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berusaha untuk membantu hasil usaha penghuni asrama ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia