Harian Metro

Boleh dibimbing jadi individu baik

-

Johor Bahru: “Saya bukan orang jahat, insya-Allah, saya boleh berubah,” kata Taufik (bukan nama sebenar), 14, salah seorang daripada 10 penghuni Asrama Akhlak (Lelaki) Kempas di sini, yang kini mahir menghasilk­an alat bantuan dan sokongan bagi keperluan golongan orang kurang upaya (OKU).

Taufik dimasukkan ke asrama berkenaan selepas dikenakan perintah mahkamah selama setahun akibat memecah kereta.

“Sudah dua kali saya pecah kereta orang, tetapi belajar termasuk kerja pertukanga­n dan membasuh baju.

Baginya, walaupun pernah melakukan kesalahan yang boleh dianggap besar, tetapi ia bukan bermakna dia tidak boleh berubah dan berjaya dalam hidup.

“Saya belajar banyak benda, daripada tidak tahu, sekarang saya tahu jenis-jenis kayu. Saya pandai potong kayu dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu rakannya Farhan (bukan nama sebenar) 12, adalah pihaknya akan melihat terlebih dahulu penghuni yang ditempatka­n di asrama berkenaan sama ada sesuai bersekolah atau tidak.

“Penghuni di sini ada beberapa kategori. Yang mana layak dan sesuai sekolah, kita akan sekolahkan.

“Bagi penghuni yang tidak sesuai ke sekolah, kita akan masukkan dalam program latihan disediakan di sini. Manakala, jika 16 dan 17 tahun ke atas, kita akan carikan latihan kemahiran di luar.

“Sebagai contoh, kami kini mendapat kerjasama Giatmara Parlimen Pulai. Kami tempatkan dua penghuni di sana untuk penghuni paling muda dimasukkan ke asrama itu.

Dia didapati bersalah mencuri motosikal sebelum diperintah­kan untuk dihantar ke asrama berkenaan awal tahun lalu.

“Mula-mula ingat mesti abang-abang di sini garang, akan marah saya sebab saya kecil lagi. Tetap mereka baik. Saya sudah mula diajar kerja pertukanga­n dan juga kami belajar agama.

“Saya nak jadi polis, tetapi itulah, kecil-kecil dah mencuri motosikal,” katanya sambil tersenyum. dapatkan Sijil Kemahiran Tahap Dua dalam bidang pendingin hawa,” katanya.

Beliau turut meletakkan beberapa lagi perancanga­n seperti memperkena­lkan bidang pertanian moden kepada penghuni dan ternakan madu kelulut.

Kemasukan mereka ke asrama berkenaan adalah mengikut Seksyen 46 akta Kanak-kanak 2001 yang mana terdiri daripada kanak-kanak luar kawalan dan dimohon sendiri pihak keluarga melalui mahkamah.

Selain itu, ia mengikut Seksyen 98 akta sama iaitu masalah akhlak selepas melakukan jenayah seperti mencuri, curi kenderaan atau menceroboh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia