Harian Metro

Dipecah masuk ketika pulang beraya

- Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

“Ibu ada hubungi saya dua hari lalu memaklumka­n ada orang tidak dikenali berlegar di sekitar kawasan rumah menaiki kereta dan suaranya seolah-olah ketakutan ketika bercakap.”

Begitu kata K Gokilam, 52, anak bongsu kepada P Runkanaike­y, 78, yang maut ditetak lelaki bertopeng dalam kejadian di Kampung Tebuk Pulai di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.30

pagi, N Silamparas­an, 22, yang juga cucu mangsa parah diserang kumpulan lima lelaki berkenaan.

Gokilam yang menetap di Nibong Tebal, Pulau Pinang, berkata, dia terkejut selepas ahli keluargany­a memaklumka­n kejadian berkenaan.

“Sudah sebulan saya tidak bertemu ibu dan kali terakhir berjumpa di rumahnya. Ketika itu, ibu tidak menunjukka­n sebarang perubahan sikap dan sempat berpesan kepada saya dan adik-beradik lain supaya menjaga diri.

 Warga emas maut, cucu parah diserang lima lelaki bertopeng

“Saya terkilan kumpulan lelaki itu menyerang warga emas yang tidak berdaya. Kenapa ibu menjadi sasaran mereka dan apa salah dia sampai diserang begitu sekali?” katanya.

Sementara itu, adik Silamparas­an, E Tihaykumar, 16, berkata, dia bersama ahli keluarga sempat mengambil mendiang neneknya dari rumahnya ke Taman Feri di sini, kelmarin.

“Nenek sebelum ini ada memberitah­u rumahnya sering didatangi beberapa individu tidak dikenali, tetapi ia senyap begitu sahaja.

“Disebabkan nenek bimbang terhadap keselamata­n dirinya, dia meminta abang (Silamparas­an) tinggal di sana buat sementara waktu.

“Sehingga pagi tadi (semalam), hampir dua minggu abang tinggal bersamanya, tetapi tidak sangka nyawa nenek berakhir dengan tragedi,” katanya.

 ??  ?? GOKILAM menunjukka­n
pintu rumah yang dipecahkan penjenayah.
TIHAYKUMAR menunjukka­n bilik neneknya yang dibunuh lima lelaki di rumahnya di Kampung Tebuk Pulai.
GOKILAM menunjukka­n pintu rumah yang dipecahkan penjenayah. TIHAYKUMAR menunjukka­n bilik neneknya yang dibunuh lima lelaki di rumahnya di Kampung Tebuk Pulai.
 ??  ?? ANGGOTA polis mengangkat mayat warga emas yang dibunuh untuk dihantar ke hospital.
ANGGOTA polis mengangkat mayat warga emas yang dibunuh untuk dihantar ke hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia