Harian Metro

Seorang maut nahas kereta rempuh tiang jejambat

-

Johor Bahru: Keceriaan sekeluarga yang dalam perjalanan pulang daripada bercuti bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Perling, berhampira­n hospital swasta di Kempas di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.50 pagi, mangsa dikenali Semai Anak Jambu, 73, maut dan anak lelakinya, Asan Anak Entering, 33, parah selepas Perodua Viva dinaiki mereka terbabas lalu melanggar tiang jejambat.

Mangsa bersama ahli keluarga lain bercuti di Batu Layar Desaru, Kota Tinggi dan bergerak secara konvoi membabitka­n tiga kenderaan ketika dalam perjalanan pulang.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Haizul Rahmad berkata, seramai 14 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 4.54 pagi.

“Kami mengambil masa lima minit untuk mengeluark­an mangsa yang terperangk­ap dalam kenderaan.

“Ketika kejadian kenderaan yang dinaiki mangsa berada paling belakang,” katanya.

Haizul berkata, mangsa yang maut diserahkan kepada polis dan yang parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

 ??  ?? KERETA mangsa terbabas dan melanggar tiang jejambat Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Perling. Gambar bulat, anggota bomba mengeluark­an mangsa yang tersepit.
KERETA mangsa terbabas dan melanggar tiang jejambat Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Perling. Gambar bulat, anggota bomba mengeluark­an mangsa yang tersepit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia