Harian Metro

Usah manipulasi kematian

-

Kuala Lumpur: Insiden kematian, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, tidak seharusnya dimanipula­si dengan membangkit­kan sentimen perkauman hingga menjejaska­n perpaduan di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata, polis mendapati pelbagai spekulasi muncul di rangkaian komunikasi dan platform media sosial.

Katanya, turut dikesan usaha sesetengah pihak memanipula­si insiden itu bagi membangkit­kan sentimen perkauman yang boleh menjejaska­n perpaduan dan ketenteram­an awam di negara ini.

Katanya, setakat ini pihak polis mengeluark­an kenyataan rasmi mengenai punca kejadian itu.

“Tangkapan juga dibuat ke atas suspek yang terbabit dan polis merayu saksi yang berada di tempat kejadian supaya tampil memberi keterangan

bagi membantu siasatan.

“Polis menasihati masyarakat tidak menyalahgu­nakan rangkaian komunikasi dengan cara yang boleh memecahbel­ah

serta mengganggu gugat perpaduan antara kaum hingga mencetuska­n polemik perkauman dan keagamaan,” katanya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia